Monday, September 12, 2011

Selamat Hari Raya

Dikesempatan ini, marilah sama sama makincek mengambil kesempatan menyempatkan diri memohon ampun dan maaf kalau ada kesalahan dan kemalasan mengupdate blog. 


Signing off ,

Wednesday, August 10, 2011

Lauk pauk untuk tatapan Ijip

Khas untuk Ijipku cayang, ku persembahkan lauk pauk iftar yang dimasak sendiri dan dimasak orang. haha..

Menu Day 1 : Asparagus Goreng, Daging Masak Kicap, Sup Ayam dan  Scrambled Egg

Menu Day 2 : Tak sompek masak, sebab outsteseng, tapau sate Kajang.

Menu Day 3 : Kubis Masak Lemak, Sambal Goreng, Sambal Belacan, Ikan Tenggiri Goreng 

Hari ke 5 : Tulang masak lomak cili api, Ikan masak kicap, telur dada  dadar, sambal goreng smalam, tembikai merah menggiurkan

Hari ke 6 : Nasi Tomato, Ayam Masak Merah, time ni aku ada buat kuih ketayap n kek batik, tapi kedua dua menjadi retarded, so takmo upload..haha

Day 7 : Piknik! Masak dari rumah, makan on da way to KLIA, hantar Cik Uci.  Pecal, Sambal Udang, Ayam Goreng Berempah, Kek Batik & Kek Stoberi

Day 8 : Ayam penyet, Sup Chicken Ball, Ikan Selar Goreng

Day 9 : Kuey teow kerang, spaghetti

Day 10 : Siakap Goreng laut dalam (deep fried), sambal tempe, sawi rebus. Lezzzaaat.




SELAMAT MENJAMU MATA, IJIP!!

Signing off ,

Ramadhan datang lagi.

Alhamdulillah, dikurniakan lagi masa dan kesempatan bertemu dengan Ramadhan tahun ini. Seperti tahun lepas, cik abe duduk nun jauh di seberang laut. Berbukalah bersama-sama dengan anak-anak sajork.

Tapi, tahun ini, datang satu semangat dan keazaman yang baru dan meluap-luap hingga melimpah u ols. Semangat nak makan masakan sendiri time berbuka. Syukurlah, setakat ini, duit tidak dihabiskan ke Param..Pam Pam Pam...Setakat nih, memang masak sendiri. Sedap tak sedap belakang kira, (tapi, ofkoslah sedap, sehingga menjilat siku, kan) Iya, jangan muntah ijo ye tuan tuan pemirsa di rumah, ni bulan poser. Huhu.

(Gambar sila tengok kat facebook ya..Yang takde facebook tu *jeling ijip* jangan mare..haha)

Sebenarnya, di bulan puasa ni, semangat bukan sahaja semangat memasak je yang dilebihkan, patutnya, semangat nak menambahkan amalan lah kan, sebab ketika ini, amalan pahala dapat berlipat lipat pat pat siku lipat kali ganda. Anda semua mau bonus, kan? Nah, ini bonusnya, kenapain enggak di grab inn? Makincek ni cakap pun ngingatkan diri sendiri jua. Takat ni baru je baca surah Baqarah je , camno nak perabih khatam Quran bulan posa nih?

Di bulan puasa inilah, even bau mulut kita juga diibaratkan seharum kasturi di akhirat kelak. Speaking of which, teringat Cik Uci pernah buat kat aku, " Awak nak bau harum kasturi tak?" Lalu dia menghembus nafas, "haaaaa" tepat ke depan muka makincek. Memang bau harum kasturi sungguh, marang kerapu kepunden.

Oleh itu, marilah kita sama sama membuat amalan sepanjang bulan puasa nih, dan semoga dapat mengharungi bulan ini dengan penuh kesabaran, dan keinsafan.

Signing off ,