Thursday, September 13, 2007

Menu bukak puasa niari

Korang semua perbanyakkanlah amalan di bulan puasa ni ya, kalau dulu baca Quran seminggu sekali (itu pun malam Jumaat, baca yasin), atau sebulan sekali, atau sekali di dalam bulan biru ka, bulan ni bacalah hari hari kalau boleh noo. Boleh jenguk blog ni ada kelas online oleh Ustazah Waiem. Alhamdulillah...

Jangan jadik macam mak incek, sibuk pasal menu makan pulak. Puasa baru sekerat hari dah pikir nak buka puasa apa.

Ok.

Menu bukak puasa mak incek arini yelah :

1. Ikan masak kicap. (Yang ini sebenarnya lauk yang diapprove oleh Cik Mira, hampehs tul) . Kalau seben aku ada, bolehlah masak satu lagi yang pepedas sket. Tapi, memandangkans seben aku lom balik outsteseng lagi, (Waaaa*kesat ingus sat) so toksah membazir kalau yg makannya mak incek dengan Cik Mira je.

2. Sayur campur aduk belen sayur kat peti ais.

3. Sambal belachan. *Belachan afa yang kao beli ni Marjinah? Banyak hapaklah!- Eh? Itu belachan Pulau Pinang mak incek!*

So, cara-cara membuatnya.

U ols lumurlah ikan dengan campuran kunyit dan garam. Ikan apa ko nak, sukatikolah. Mak incek suka ikan kerisi, tapi yang small size punya. Sedap oo..

Gorengkan ikan hingga garing, sementara tunggu ikan garing, korang kopeklah bawang mengikut tips makincek yg sebelumnya, ahaks... Potong bawang besar, bawang putih ya.Makincek suka pakai bawang besar, yang dipotong bulat bulat bentuk O ring. Banyak mana ikut suka ati korang jugakla. Sesambil tu jeling ikan, lepas ikan garing, letakkan di tepi ya Puan-Puan.

Simpankan minyak gorengan tadi,tinggalkan sket je utk goreng bebawang, rempah segala.

Masukkan semua rempah kering (sukala nak taruk cengkih, bunga lawang, kayu manis, tapi, makincek tak taruk sebab Cik Mira tak suka) & tumiskan hingga wangi. Masukkan bebawangs hiris tadi dan tumis selama 2-3 minit sampai naik bau bawang dan sehingga bawang layu di tasik minyak u ols taw. Masukkan air & kicap sesuka hati lagi. Mak incek suka pakai kicap manis sebab lagi sedap dan senang takyah ler taruk gula bagai. Kacaulah perlahan-lahan hingga mendidih. Masukkan ikan. Didihkan perlahan-lahan selama 5-10 minit.

Siap dahhh.. Tapi, kalau korang nak pedas sket kan, masa goreng bawang tadi, gorengla cili boh skals.

Mudah, kan?

Sayur campur lagi mudah, goreng bawang merah, putih yg dah dihiris,ikan bilis, sos tiram, masuk air sket,garam, masukkan semua sayur. Siap.

Sambal belacan kalau tak tau, lagila. Hahahaha..Mak incek punya versi yang goreng2 punya tuh sebab lagi sedap. Goreng lada besar, belacan, ikan bilis pun boleh kalau nak. Pastu tumbuk, masukkan sikit hirisan tomato dan tumbuk lagi. Siap dahhh..

Gambo nantilah, kalau berjaya buat petang nanti..hahahha..:-)

Mak incek cuma merancang u ols..

No comments: