Friday, November 16, 2007
Kisah Lama
Saat-saat mengamping. Aku yang pakai baju biru sebelah kanan. Sorry, gambo blur sebab gambar lama.
The other day, Enie ada sentuh pasal masa kat U kita selalu pergi Camping. Bukanlah selalu sebenarnya, tapi, adalah beberapa kali. Masa sekolah dulu, we ols yang ala-ala adventerous nih buatla satu Persatuan yang dinamakan Engineer Adventure Team. Selalu kita panggil dgn nama pendeknya E.A.T. Just like the name, the activites that we did most were eating, of course...ehehehe.. Adalah, masuk utan sekali dua, masuk gua sekali, kayaking berkali-kali. Tapi, paling penting tetappp eating tau daripada merayau-rayau dalam utan.
Sebab itulah, setiap kali masuk utan, mesti kitaorg bawak Tukang Masak Tersohor, En Nasir. Dia ni chubby chubby n happy go lucky macam ala-ala Chef Ismail tuh. Dan En Nasir ni kalau masak memang Numberrr 1. Semua yang dimasak jadik sedap gila. * Pak Nyong jangan pandang kita takdak mata, kita ada Diploma pasal masak memasak, tau. Time ni jugakla, sambil masak, sambil tu En Nasir tak P. Ramlee nyanyi lagu P Romli, dan pasangan duetnya dah tentu aku laa..Hahahha..Sampai kena panggil Saloma lagi u ols.
Itu kisah lainlah, time ni aku nak cerita masa dalam hutan tu ada satu part yang aku paling ingat. Masa tu, kitaorg kat Pulau Tok Abu, kat Bukit Merah. Macam biasalah, kalau masuk hutan, kenalah ada orang-orang yang ber'ilmu' sebab macam-macam boleh jadik di hutan kan.
Tapi, syukurlah, setakat kitaorg pergi, takde sapa tersampok ke etc. Cuma ternampak adalah.
So, pada satu malam yang agak lewat, selepas kitaorg bercerita kat unggun api, mamat ber"ilmu" ni tanya,korang nak tak rasa melayang, kaki akan terangkat tak jejak tanah? So, adalah few yang berani join mamat nih. Imaginelah malam gelap pekat camtu, buat perkara ala-ala mistik gitu. For surelah, perempuan tak berani, semua yang join budak lelaki saja.
What they did was, all of them , duduk bersila and hold hands, while the mamat tu baca something. Kemdian, dia cakap, "lepas ni aku akan tanya soklan kepada semua orang, semua kena jawab dengan jujur".
Lepas tu, dia tanya soalan kepada setiap orang yang pegang tangan dalam bulatan tu satu persatu, Tapi, kenalah yang kena tanya tuh jawap bebetul kan, takleh tipu.
Aku tak join, aku tengok saja. Time ni kita orang dah berdebar-debar dah, nak tengok badan diaorg terangkat.
So, soalan last dia tanya ialah, " Dalam famili korang, ada tak salah sorang yang gila, atau terencat akal, dan sewaktu dengannya?" Semua kena jawap. Semua jawap "Tidak".
Lepas tu , mamat tu cakap, "Kalau takde, apasal yang korang buat kerja orang gila nih?? Sambil gelakkan member2 yang pegang tangan tuh" Cekerempet betul tau, aku terlupa lak, mamat tu jugak ada ilmu pak lawak suka pekena orang. Hehehehhe...
Benci betul. Tapi, gelak besar kitaorg lepas tuh, yang pegang tangan tadi, semua lepaskan tangan sambil mensiot-siotkan mamat 'ilmu' tadi..ehehehehe..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment