Monday, December 10, 2007

Cerita Sushi

Aku boleh makan sushi. (Perasan tak ayat tu, *boleh* , bermaksud, kalau orang belanja makan sushi, aku belasah je, taklah aku takleh makan, dan takla pula aku sukaaaa makan.)

Dan kalau aku beli sushi yang jual kat JJ ka, Carefour ka, aku akan beli jenis ini sahaja. Apa kenama dia, Tobiko? *Kena check dengan Wak nih..Wakkkk, betul tak?*

So, masa aku makan sushi ni dalam kereta,aku cakap kat laki aku,
"Awak tak suka sushi, kan?" Wakakaka.Bukannya aku offer dulu, terus je tanya soalan tu, bermaksud takmo sharelah kann.
So, dia jawap, "Tak".
Memang aku tau dia tak suka. Then dia tanya aku, "Tu apa atas dia tu?"
Aku jawapla,"Telur ikan".
Dia tanya lagi, " Halal ke?"
Aku jawap balik, "Halal lah! All telurs* are halal, occay".

Pehtukan, dia cakap balik, " Telur Babi?"

Siot jek..wakakakakka..

*Disclaimer : Telur tak semua halal tau, telur biawak, buaya, takleh makan. Telur penyu ok lagi sebab dia makan makanan yang bersih walaupun penyu itself haram dimakan sebab dua alam. Woit, aku cakap telur(egg) tau, bukan tulurrr(balls).

No comments: