Pada zaman dahulu, ada tiga orang sahabat. Dua orang perempuan, dan seorang lelaki. Masing-masing bernama: Deo, Delin dan Yam. (Bukan nama sebenar)
Mereka bertiga berkawan cukup baik, kalau keluar makan, yam,yang ada kereta bapak dia akan drive, ataupun deo, yang ada kereta mak dia punya (kompeni punya) akan drive.
Kemudian, mereka pun selalu keluar bersama, makan-makan, tengok wayang, main boling, main pool, main dalam pool..hahaha.., dan hari-hari mesti sahabat baik tu menjalankan aktiviti bersama-sama. Pergi kerja pun sama-sama.
Alkisahnya, Deo ni dah ada awek, yang lamaaa dah bersama sejak zaman persekolahan dulu. Dan Yam pun ada balak, yang lama jugak sejak persekolahan dulu. Cuma Delin saja yang kadang-kadang ada balak, kadang-kadang takde. Tak seriuslah gitu. Kawan ramai, balak tak main.
Tetapi, oleh karena mereka selalu berpeleseran bersama, Deo entah macamana boleh terjatuh hati pada Delinn. Walau bagaimanapun, Deo tidaklah berani menanya secara terang-terangan, tetapi secara halus-halusan. Kalau dibelikan barang untuk Delin, Yam tak dibelinya. Kalau dihantar Delin kemana-mana yang Delin nak, semuaa pun dia ok saja. Delinn pula sebenarnya, adalah suka sikit sama Deo la, alaaa..suka suka kawan, sebab Delinn ada hati dekat orang lain. Ataupun, adakah Delinn tidak mau mengaku karena Delinn menghormati awek Deo? Dan merasa serba salah sekiranya beliau menghancurkan mahligai orang lain?
Adapun kawan-kawan lain terperasan yang Deo ini sukakan Delinn dan juga, gossip sampai ke pengetahuan awek Deo. (habislaa)Akan tetapi, nasib baik , awek Deo tidak menyerang secara terangan ke atas Delinn sebab tiada cukup bukti. Lagipun, Delinn sendiri tidak pernah berkata yang Delinn sukakan Deo. Tapi, dalam hati Delinn sapa yang tahu kan..
Kemudian, mereka semua berpisah kerana berpindah tempat kerja, dan Deo tetap teruslah kahwin dengan aweknya, Delinn pula kawen jugak dengan balak lain, dan Yam tetap kawen dengan balak dia jugak.
Demkian kisah tiga sekawan.
Ahakssss...
No comments:
Post a Comment