Tuesday, December 18, 2007

Laserina

Hehehe...Curik idea angah. Tapi cerita aku bukanlah cerita pasal laserina ye hadek-hadek. Kisah the last time aku pernah laserina orang. Iaitu, aku tak ingat bila.

Bila nak ikut-ikutkan, aku tak pandai nak marah orang sebenarnya. (Marah anak, cukupppp pandai.) Setakat nih, marah aku yelah, " MEK SENTAPPZZZ!!"Hehehe.

Aku pun tak paham kenapa. Aku ingat dulu, bila aku marah kat orang tu pun, aku takkan keluarkan kemarahan aku, in fact, aku akan pendam dan balik bilik dan menangis sebab terlalu geram. Lemahkan aku?

So, lepas tu, aku cuba jugak untuk menjadi garang sikit, dan so far, aku boleh cakap apa aku nak, apa aku tak suka, dah tak pendam dah, tapi still, aku tak boleh marah orang jugak.

Aku rasa jugak, pemendaman marah aku yang dulu-dulu telah membuatkan aku sendiri jadik cepat marah sekarang, tapi marah pada diri sendiri. Dan mudah tension. Tu yang orang kata, marah takleh pendam, tapi kena luahkan, kan?

Tapi, tulah aku. Aku bernasib baik sebab aku kerja takde orang keje bawah aku. Ada pernah sekali dulu, tapi tidak secara direct.

Sekarang lagilah, I'm my own boss..Hehe..tak jugak, adalah boss, tapi, again, tempat aku keje sekarang nih tidak memerlukan young exec atau technician, dan yang sewaktu dengannya. So, takkan nak pergi tak pasal-pasal marah boss kan?

Kadang tuh, aku terfikir, kalau betul-betul aku ditindas, atau orang betul2 take advantage atas aku, adakah aku akan bangun and stand up for myself?

So far, takde lah sampai aku rasa macam tuh.

Perlukah aku menuntut dari Angah? Hehehehhe...

No comments: