Aku bertolak semalam lebih kurang 11.35pm. Perjalanan amik masa lebih kurang 6 jam lebih.
Sampai dalam pukul 6.30am, tapi kat Tokyo nih lebih kurang pukul 7.30amlah. Sesampai kat Narita, hujan renyai2. Narita Airport takler segempak mana..ehehehe..Gempak lagi KLIA.
Sampai je suhu dia dalam 3 deg C gitu. Keluar je dari airport building, terasa angin sejukkkk yang amat. Sebab kat sini, bukan setakat sejuk, tapi berangin kuat. Cik Mira sikit punya suka sejuk tuh. Sikit punya jakun n pelik kenapa bila cakap , mulut keluar asap..hahahahaa.. Ncik Epan cam biasalah, dia tahu terasa sejuk, dan asik peluk aku jek.
Kita org naik Shuttle Bus yang telah disediakan sampai ke Central Tokyo. Dah dekat dekat nak sampai, (kitaorg duduk kat Shinjuku),salji turun.. Cik Mira punyalah happy, menjerit-jerit nampak snow..hahahha..(Maknya maintain cool).
Sampai je kat depan hotel, semua turun, dan amik2 gambo dalam snow yang tengah turun tuh. Dahle lebat pulak, sejuk gila. Aku tak berani lama-lama, risaukan anak aku. Terus la masuk hotel, dan balik bilik.
So far, aku tak keluar berjalan lagi, sebab kat luar salji turun lebat, dan jugak angin bertiup kencang. Gila babbbbssss sejuk dia. Aku takpela, risaukan anak aku je tak tahan. Penyudahnya, Cik Uci je keluar dengan Cik Mira pergi ke kedai2 elektronik, kat mana tah namanya aku tak ingat.
Esok tatau lagi apa nak buat, sebab Cik Uci pergi training, aku n anak2 je terkontang kanting nih. Nampak gayanya aku akan ke kedai2 shopping complex dekat-dekat sini jelah kot..
Nah. Adalah sikit gambo yang sempat amik dan upload.









No comments:
Post a Comment