Tuesday, March 4, 2008

Kalau dah lama tak menulis, inilah jadinya..

Writer's block.

Ko ingat jalan je ada road block? Otak den niha pun. Sangat susah nak menulis, nak tulis apa pun tatau sebab idup macam tu jelah. Taklah macam ada orang tu yang sangat bizi berkempen, dan tidaklah circle of friends dia di kalangan orang reban jek..hehehe

Aku punya hidup pun centered around my family jek, keje n kawan2 luar tu kiranya sambilan lah.

Dan walau ke sambilan sambilan itu pun, sempat jugaklah aku pergi ke Mejlis BBQ Arang di rumah LB/Arc sempena menyambut pengantin-yang-dah-tak-berapa-nak-barew pulang dari honeymoonnya.

Sebenarnya, bagi orang dah kawenlah, kan. Kita honeymoon ni patutnya bukan dibuat immediately after kawen. Sebabnya yelah, kita akan membazirkan masa dalam bilik je.hahaha.Tak sempat nak berjalan bagai dengan sepenuh hati u ols.Yelah, macam budak baru dapat mainan baru, nak mainnn je kerjanya,kan?

So, patutnya dibuat kemudian, bila angin ribot tofan sudah reda gitu. So, moral of the story, yang lom kawen tu, bila kawen nanti, ingat pesan makincek ya. *Senyum balik langsir*

So, alkisahnya, aku sampai umah Arc dalam pukul 4.30 kot, sebab keluar umah dari Subang dedekat pukul tiga, terus tuju ke umah makcik. amik dia dan teruskan perjalanan ke umah Arc yang aku ingat-ingat lupa tuh. Dahle takde map bagai, call ajelah Delinn, Delinn tak ingat no umah plak. Ingat no jalan jek. Call Arc, bagi no umah, dan alhamdulillah, makincek ni kan pakar bab bab redah redah jalan nih..Main redahhh jek, dan sampai. Kata Arc patutnya 20 minutes jek, aku rasa aku amik sampai 45 minit kot. Padan muka, terer sangat.

Lepas sampai tuh, tak lama, hari ujan, jadik, abislah aku memekik, " Arccc! Angkat kain jemurannn! Ujan dah turunnnnn!"

Dulu masa first time Alang jumpa Zure kat umah arc ni pun time ujan, la nih, jumpa lagi sekali di umah arc pun ujan. Ujan rahmat tuh. Sejukkk perut pengantin.

Par : Damn! I forgot the arang!
Dit : Par, ko dah salah haluan nih, kita mau bakar ayam, bukan bakar arang!


Apapun, walaupun Dit, Par, LB, Wan, Angah,dan aku sendiri (pegang kejap jek) sibuk membakar arang, kehadiran Menaachi a/p Semivell sangat disyukuri oleh semua. Kena hargai orang yang bersusah payah cenggitu. Sebabnya, aku sendiri kali ni datang lenggang kangkung jek, cuma menyumbangkan skill kebibikan aku kat dapor sekejap. hehe. Dan ayam n udang dia memang superbbb! Dahle takmo kasik resepi! Kalau ko tak bukak betul itu kedai Mak Limah Cafe tu Limah, siap ko.

Time tu , aku suka banget masa Royce siap buat lakonan semula style Alangz bercakap first time, face to face dengan Zure, sambil bersimpuh..wahahahahaha..Cayalah Royce!

Apapun, kalau dah jumpa tu mesti lupa diri kan. Aku kata kat laki aku, balik before maghrib, sesedar dah nak dekat maghrib, 7.15pm gitu bertolak dari umah Arc, tumpang solat kejap umah makcik, jumpalah ds, dd, dan baby dylan yang sooo cute murah senyum itu dan terus bertolak ke rumah.

Dah, macam macam cerita aku kali nih, aku baru je abis tengok cerita Hello, My Lady. Citer Korea daaa..Setelah berapa lama tertangguh, sebab tak de masa. Bila outsteseng gitu, memalam ilang boring, tengoklah itu cerita. Waiem, betul ko cakap, itu cerita kureng umphh..Tapi, takpe , mek suka jugak..

Dahla, aku penat nak tulis apa lagik tatau.

No comments: