Tuesday, April 15, 2008

Deadly Ghost



Deadly Boring..

Iya, itulah ayat yang boleh mendescribekan cerita ni. Walaupun pada ketika itu, dalam sebesar panggung wayang tuh, cuma ada aku n hasben aku sahaja.

Masa mula-mula masuk panggung, aku gabra dan seram sejuklah kan, sebab panggung tu sejuk, pastu takde orang plak tuh! Aku masuk panggung dulu, sebab Cik Uci kena buang apa-apa yang patut kat bilik ayor.

Mulalah aku imagine bebukan, dalam panggung sorang2 kan.. Dahle nak tengok citer seram plak tuh. Owh, seksa jiwa raga I ols sementara tunggu Cik Uci masuk panggung. Sementara berdoa, janganla cerita start dulu, kalau start, aku lari keluar..hehe..

Ok. Berbalik kepada cerita tersebut. Aku dah standby jiwa raga ni kalau nanti cerita ni seram lagi menyeramkan. Tapi, alahaii..setakat mengejutkan menterkejutkan orang je kerjanya.

Walaupun elemen2 seram cuba digarapkan didalam movie ini, seperti bilik yang gelap dan usang, lampu yang malap, dan multihantu superkoridor yang lusuh, (koridor lusuh penuh dengan hantulah), tetap tak menimbulkan rasa yang seram banget. Cuma seram-seram kuku jek.

Cerita mengisahkan Ming, yang boleh nampak orang dah mati dan cara bagaimana orang itu mati. (Macam citer 6th Sense tuh : I seeee dead peopleee*) Aku memula tak paham apa kes dia nih, dok melarikan diri, kata kena kejarlah, tapi, tatau apa yang dia lari sebenarnya.

Dan kemdian mestilah ada hero plak, nama Bud (ke Butt??) Nama pendek jelah. Nama panjang dia mungkin Sombuddpong kukicusamkuchit aramnaksitchin.

Dia ni pulak, katanya Dr. yang buat bedahsiasat mayat. Tapi, bilik mayat penuh darah2 bagai, sungguh pengotor. Over sungguh. Macam dia buat bedah-dan-siat-siat je, gamaknya , bukan bedahsiasat. Dan sebenarnya cari sebab kenapa ayah dia bunuh diri. Dan dia carik Ming, perempuan tadilah.

Pengabisan cerita, (aik, abis dah?hehe) diaorg ni sebenarnya satu bapak, lain ibu. Bin dan binti samalah. Ming binti Perr dan Budd bin Perr. (Aku reka je nama bapak dia Perr, sebab dia tak kasik nama dalam citer tu) Yang kejar Ming yelah mak tiri dia yang dah mati(Mak Budd) sebab dia kata, mak Ming gatal, anak dia pun gatal jugak. Bak kata pepatah, mana tumpahnya kuah kalau tak ke pinggan Ming?

Hai mambang tanah, mambang api, mambang air...Chobaaannn...Macamni punya ekspresi muka aku buat, ko kata tak serammmm?

No comments: