Thursday, April 3, 2008

Kenapa manusia suka menyalahkan orang lain

Wah, tajuk penuh serius tuh. Tajuk ceramah motivasi nih. Untuk motibasi kali ini bersama makincek, marilah kita kupas, kopek (ha, deo sukalah tu perkataan kopek tu) , untaikan bersama akan tajuk motibasi yang diatas tadi.

Kenapa manusia suka menyalahkan makhluk lain? Dia yang sakit, dia kata orang lain yang sakit. Dia yang malu, kata org lain yang malu. Marilah kita bersama kupas fenomena ini bersama.

1. Rabun Ayam

Ini adalah masalah orang yang suka balik lewat malam. Orang yang tak keluar malam dia takde masalah ini kerana dia tak tau pun dia ada masalah ini kerana dia tak keluar malam. (Hamek ko, paham tak paham)

Tapi, kalau dia yang tak berapa nampak jalan memalam kerana kadar austigmatism ataupun silau dalam bahasa perancis, kenapa ayam yang dipersalahkan? Adakah ayam melintas jalan pada waktu malam? Tiada, bukan? Adakah ayam itu rabun? Kenapa jua ayam yang dipersalahkan?

2. Pekak badak

Ini masalah isteri Pak Mat Tempe. Tapi, kenapa badak juga yang dipersalahkan? Apakah dosa badak itu pada isteri Pak Mat Tempe? Kenapaa?Kenapaaa? Aku tak ada kena mengena dengan ini gambarrr!*sambil tangan genggam penumbuk angkat tangan kelangit, pastu, piungggg pengsan..*

3. Mata Ikan

Kenapa mata itu dalam mulut kita? Kita bukanlah makan kari kepala ikan pun? Kenapa sakit itu, dinamakan mata ikan? Adakah ikan tidak terhina dengan kata-kata itu? Ikan jua punya perasaan, kalau dia buat tunjuk perasaan mogok takmo makan umpan dan masukkan diri dalam jaring nanti, macamana kita nak makan ikan? Pernah kita semua terfikir?

4. Ajak-ajak ayam

Ko nak main-main ajak orang, tapi, ko nak ajak ayam sebenarnya? Ayam-ayam itu selalu mengharap ajakan itu betul. Ini tidak, setiap kali pun ajakan itu hanyalah untuk korang ngap ayam itu. Adakah berperikebinatangan itu?

5. Malu-malu kucing

Bila ko pernah nampak kucing tu malu? Tak malu adala, tido mengangkang, (deo tau website dia yang mana satu), makan tak dipelawa, suka gesel gesel badan kat kita lagi. Cakap, dimanakah letaknya ke'malu'an kucing tersebut? (Ini bukan teka teki tulur ya)

6. Gila babi

Yang ni aku sokong. Babi memang gila..hehehehe...

Sekian ceramah motibasi untuk semua kali ini. Untuk rumusan dan moral of the story, korang pikirlah sendiri, ataupun korang mintak Menteri Penerangan kerajaan reban tu buat. Kosser makincek taw.

No comments: