Aku jarang cerita pasal anak-anak aku buat apa, pandai apa dah, udah pandai mengampu mak bapak ka, udah pandai mengadu domba akan adik beradik lain ka, kann?
Aku perasan anak dara lagi ke ols.? Hahaha..
I anak ada dua u ols. Err..tiga sebenarnya, tapi, yang last tu tak menjadik, miscarried di tengah jalan, kalau tak, sebaya dengan anak Fara , kak tanjung tuh.
Cik Iya sekarang sudah pandai membaca, buku Peter n Jane tu tahap 3 lagi, tapi udah laju bacanya. Tak naik buku yang baru sebab mak dia tak beli-belikan lagi. Hahahaha..
Kat sekolah tak belajar pakai buku tuh. Aku sendiri sengaja beli. Aku beli setiap satu modul, abis baca modul 1, baru aku belikan 2, abis tu baru belikan 3. Ni stuck, sebab mak dia teruk tak belikan buku. *Dimana adanya buku, buku dah buruk-buruk, atuk tak belikan buku* (Salah satu dialog Dato' Jamali Shadat. Aku ada tape dia lagi ko)
Lepas tu, dia dah pandai mengaji. Tiap-tiap malam Isnin, Selasa , Rabu ada kelas Mengaji bersama Ostad. (Aku tak ingat plak nama ustaz tuh, kalau tanya Cik Iya, dia akan kata, Ostad laaaah)
Syukurlah. Sembahyang pun dah pandai. Pandai ikut jela. Bacaan masih kelam kabut.
Pastu, kuat menyanyi u ols. Lagu kegemaran sekarang, "satuuuu satuu mimpiii didalammm hidupku iniii, satuuu satuu janjiiii" aku pun tak tau lagu siapa tuh. Tapi, selalu keluar kat radio Sinar FM. Dan jugak lagu Jepun, "toraaaaa..maine kudodiiii ne kudedoo, todega, anatanoo, oinoiciiii" Aku pun tak tau lagu apa tuh, tapi glemerlah lagu tu kot. Masa makan sushi kat Sushi King, ada main lagu tu, anak aku bantai nyanyi kuat-kuat , tak malu tul. I ols tutup muka je.
Dan dia dah pandai bertanya intelligent question. Hahaha..Contohnya, bilakah baby akan masuk perut Mama lagi?
Itu kisah Cik Iya.
Ncik Ipan plak, dia baru pandai cakap. Umur sudah dua tahun baru nak bercakap. Hahaha..Sungguh la itu budak, takmo cakap tau, tapi, main lasak ya rabbi.
Tapi, percakapan dia hanya sepatah sepatah dan yang penting sahaja.
susu = fufu
puting = ki
makan = am
berak = iyak (sambil tepok tepok bontot sebab dah berak, suruh tukar pampers,haha)
habis = bish
mandi = wish , bish bish (wash)Hahaha...kiut tul
nak = nak
kakak = kaka
abah = aba
mama = aba jugak..waaaaaaaaaaa...
sakit = akit
gatal = akit jugak..hahha
bukak = kak
tunggu = wek (wait) sambil angkat tangan high 5, buat cam signal tunggu tuh.
naik atas bilik = aik
sepak = pak (sambil tangan angkat macam nak sepak dengan muka masam) hahahaha...ni dia suka buat sebab kadang kitaorg suka tanya, nak sepak tak? Hahahaha..Bukannya sepak betul pun. saja je. Dia suka buat tu, kalau dia marah.
Lain-lain semua terer dah, lari , panjat, name it lah. Rumah aku sentiasa takleh nak kemas, sebab itu dua orang budak suka main sepah barang.
Sekian. Tengkiyu arigato.
No comments:
Post a Comment