Aku tengah kemas-kemas komputer nih, terjumpa pulak artwork aku lelama.
Masa sekolah dulu, makincek selalu main lukis-lukis.
Masa sekolah menengah dulu, kan, kita kan rajin buat sketch book. Biasanya , buku itu ada tertulis lirik-lirik lagu, dan di sebelahnya ada gambar-gambar yang aku lukis gitu. Cara mendapatkan lirik lagu itu pula ialah dengan mendengar lagu tu berulang-ulang kali kat tape, pastu, sanggup, pause, rewind, play, pause , rewind, play, semata-mata nak dapatkan lirik dan tulis lirik yang betul. (Yang kengkadang tu salah jugak, hentam keromo jek)
So, pada hari-hari terakhir persekolahan, orang semua bagi buku autograf. Korang ada tak?(Nipuk la kalau korang semua kata takde)
Buku tu nanti, kawan-kawan kita tulislah kan sekreatif mungkin, atau simple ke, setakat ayat madah pujangga ke gitu. Hehehe.
Aku pulak kekdahnya, kadang tu malas, apa aku buat, aku koyakkan page yang ada lirik lagu dan gambar yang aku sketch tuh, aku tampal kat buku autograf diaorg.
So, segala lukisan2 awal aku, yang aku buat dalam buku, semua sudahlah tiada.
Masa kat U,ada jugak lukis, tapi, kemana pergi buku tu tah aku pun tak ingat.
Lepas kawen ada jugak buat kekadang. Tapi, lepas ada anak, terusss takde buatnya lagi. Ntah-ntah dah ilang talent tuh.
Dari komik Anak-Anak Wira
Anak-anak wira jugak
Anak-anak Wira lagi
Vince dari AF1. Hahahaha, aku siap lukis dan frame cecantik bagi kat tangan Vince sendiri tau...
Gambar Liza pun ada (dari AF1) , pun dah selamat diframe dan bagi kat dia.
Gambar kucing ni aktiviti bersama Cik Mira masa dia umur setahun kot.
Oh ya, aku dulu paling suka lukis komik dan gila babs baca komik2..Especially Tony Wong punya komik, Alam Perwira lah, Anak-anak Wira lah, apa tah lagi, aku dah lupa..
Lukisan aku pun terikut2 macam karakter komik dia.
Dulu, sanggup tuh, kumpulkan komik2 tu semua, siap bagi condition kat orang yang nak pinjam, dia kena beli siri komik yang lain, utk tukar baca ngan aku..hahahaa..dan aku cakap, "make sure lepas pulang, taknak ada lipat2 or kemut2"
Harus tobat orang nak pinjam komik aku tu. Tapi kan, sekarang nih, ntah kemana tah, aku rasa mak aku buang, sebab aku bawak balik simpan kat rumah. Sekarang ko tanya? Tulah kan, citer Korea tu jela aku tengok, komik2 tak baca lagi dah...
Tapi, kalau ada cerita yang diadaptasi dari komik atau citer katun ka, aku sure meronta2 nak tengok. hehehe..Macam transformer ka, macam Iron Man ka, macam dulu ada satu cerita Hongkong, kisah pedang ...err..aku dah naik lupa dah pedang apa tuh, ada komiknya dulu jugak. Yang ada Cloud, Wind, pastu diaorg berebut awek cun tuh..Ishh..lupe dah teman..
Cakap pasal buku autograf tu kan, I wonder, ada lagi ke kat umah buku aku tuh. Lama tak nampak, dulu ada lagi, gelak aku sorang2 baca tulisan member-member, tersenyum simpul aku sengsorang baca tulisan boipren aku time tu..hehehe..
Balik nanti cariklah..
No comments:
Post a Comment