Tuesday, September 23, 2008

Tips berbelanja

Pagi tadi aku ada meeting kat area-area emkop mall. Then tengahari lepas meeting tu teruslah berjalan-jalan kat emkop sekejap. Sambil berjalan tu, lagu raya apa tau yang berkumandang, " Hari raya, hari rayaa, hari raya tetap tibaa, jangan kita jangan kitaa, jangan asyik berbelanjaa" . *Hoh. perli aku la tuh. dassar sangat tau radio nih. Tauler aku jenjalan tu dengan niat ngensong matekaji nak berbelanja kan. Dah masuk keluar banyak kedai, memang berkenan, siap ada hati nak beli la itu. Tapi, penyudahnya, aku keluar emkop tanpa membeli apa-apa melainkan membayar parking dua hengget. Apakah rahsia makincek yang dapat menahan diri daripada terbeli walau secawan pun mug comey kat kedai yg jual barang2 english style itu?

Oklah, marilah sini, makincek ceritakan tips-tips untuk mengurangkan belanja anda yang tidak perlu itu laa...

1. Sediakan senarai barang-barang yang anda perlu beli. So, maknanya kalau korang masuk emkop lenggang kangkung gitu je kan, maknanya takde la barang yang korang perlu beli. Tak reti-reti? Sendri mau ingatlah...Korang saja je reka nak beli tu. *Eh, mug ni comellah, kalau orang datang raya rumah aku nanti, boleh minum dalam mug comey* Takde maknanya dek non, bukan ada org nak raya rumah ko ponn..ekekeke..Keep in mind, that u dont need those things, okay? Tabahkanlah hatimu, sambil doa *oh tohan* dan tutup mata kalau nampak benda cantik. Cakaplah, "Chobaaaannn".

2. Awas rakan seperwindowshoppingan anda. Kalau korang ada laki yang jenis tanya itu ini kalau beli barang, sila drag dia sama. Tapi, awas kalau ko dapat laki macam si Wan tu, memang ronggeng sakannn bershopping laaa, tak caya tanya Angah..hahaha..Jalan sorang-sorang sangat merbahaya dek non. Disamping anda nanti beli barang yang agak buruk sebab ko je nampak cantik, dan jugak korang nanti tak malu je nak beli barang apa. Penyudahnya membaziron. Bawak kawan-kawan yaa.. (Sila pastikan yang tak kuat shopping jua)

3. Yang ni kira bourne ultimatum punya method ni kalau nak tau. Make sure you leave all your credit cards (sitibeng, mebeng, nebeng, kambeng, segala-galanya lah!) at home. Jangan lupa atm card pun ko kasik tinggal. Kalau korang nak bawak ATM Card pun, make sure tempat korang pergi tu takde ATM Machine atau semua ATM machine dia rosak, dan MEPS tak leh digunakan. *hamek ko* Dan yang ini paling penting : pastikan juga, duit dalam wallet/purse ada 10 hengget. Just in case korang nak bayo parking.

Ya tuan-tuan dan puan-puan, itulah yang berlaku tadi, yang mana ATM mebeng pun rosak, ATM bank lain, MEPS tak function, dan duit tinggal beberapa hengget je dalam purse..wakakaka..Tu yg tak beli tuh.. Kalau taaaakkk, haruuusssss kopak.

Sekian tips bersama makincek kali ini, saya sudahi dengan serangkap pantun,

laparfo watakungsi
wal kurmak nak bukak puasuhu kehabisanullazi

No comments: