Monday, September 15, 2008

Weekend

Aku balik kampung weekend lepas. Memula, atuk aku admitted, lepas tu, mak aku admitted, serentak tu abah aku demam kat rumah. Risaunya hati, hari Khamis lagi, lepas kerja aku terus balik. Jumaat tu emergency leavelah.

Ok, alhamdulillah, mak aku beransur sembuh, atuk dengan abah ada lagi demamnya.

Atuk aku kena demam chikungunya. First time aku dengar, kinokuniya aku pernah dengar la..chikungunya? Apa tu? Rupanya nama tu jadi begitu, sebab mula mula asal penyakit ni dari Afrika. Tu yang nama macam Kunta Kinte tuh.

Rupanya, chikungunya ni demam yang dibawa oleh aedes juga, tapi, tidak lah mengancam nyawa seperti mana demam denggi. Cuma sesiapa yang dapat demam ni, akan mengalami sakit sendi , badan terasa lemah. So, bila kena demam ni, kena bagi satu injeksyen. *kao go aoul di bawah* Further info on Chikungunya, click here.

Kesian aku tengok atuk aku, dahle dah tua, kena demam tu, tak lalu makan, sendi-sendi sakit semua.

Mudah-mudahan kesemua famili aku cepat sembuh. Sedih pulak tengok diaorg. Masa kat rumah, berapa kali kena keluar masuk rumah, sebab nak gi melawat mak kat hospital, lepas tu, nak jaga abah lagi kat rumah. Masa balik rumah, aku sedih sangat, tapi, aku tahanje. Aku takleh tengok mak aku terlantar kat hospital, aku sedih sangat, tapi, aku tahankan jugak air mata, aku tak mau mak pulak sedih tengok aku sedih. Aku takde menangis pun. Tapi, ada satu malam tu, aku tengah drive sebab carikan buah pear utk abah sebab dia tetiba nak makan buah pear, kat tengah jalan, aku buat u-turn, aku nampak ada motor dari arah hadapan, tapi, aku masuk jugak, sebab aku nampak jalan tu besar, sure motor tu boleh mengelak. Lagipun, motor tu jauh lagi, sure tak langgar. Tapi, tetiba dia potong kekanan, sambil jerit kat aku, "Oiii!!LANCAU! ***&@@! tak nampak ke!" entah apa lagi tah aku tak dengar. Kalau hari biasa aku, mau aku buat dek ajer. Dah ko bawak laju-laju apahal. Lagipun, jauh lagi, apa nak marah? Dahler tak pakai helmet! Eksiden kang baru tau..Tapi, malam tu, sebab aku sendiri tengah emosi, aku terus menangis, gila punya nangis sampai teresak-esak, mungkin sedih yang aku tahan tu ikut terkeluar.

Sampai rumah, bila laki aku tanya kenapa aku nangis pun aku malu nak cakap, sebab penyebab dia kecik je. "Ada orang panggil I lancau..waaaaa"

Di hospital tempat mak aku duduk tu jugak, sebelah katil dia, ada makcik sorang nih, aku rasa macam kenal, tapi tak ingat kat mana. Lepas tu, aku find out yang dia ni ialah tukang masak sekolah aku dulu. Sekolah Men Sains Johor. Nama dia org panggil "Mak Mok". Fara, kalau ko tak ingat, ssajaaala tu...Org panggil nama tu sebab dia gemuk sesangat time tu. La ni dah kurus skets, tu yang aku tak perasan tu.

Dia dulu, time sekolah, tanyala mana-mana student yang dah keluar pun. Ingat tak Mak Mok, sureeee ingat dan kenal. Glemer oo Mak Mok nih. Dia punya suara mengalahkan Mak Limah tuh, *jgn maraa aaa*.. Pantang ada yang masuk dewan makan sebelum loceng bunyi, nanti dia menjerit, " Jangan masukk lagiiii!!!!!pot pet pot pet..."

Tapi, la nih dia dah kecik dah, terlantar sakit, macam macam penyakit ada, kencing manis, darah tinggi, demam, etc.

Semoga semuanya cepat sembuh... Amin...

No comments: