Tuesday, October 21, 2008

Happy Birthday, Cik Mira!


Anakku, umurmu sudah meningkat setahun, lima campur satu sama dengan enam. Maka, umur Mira sekarang ialah enam tahun pada hari ini. Happy Birthday, sayang Mama. Mama ingat lagi ketika melahirkanmu, kamu lewat seminggu, tak reti-reti nak keluar, wahai anakku, sampai naik risau dan rimas mama sebab pergi keje je semua orang tanya bila nak bersalin. Apo, diaorg ingat bersalin tu ikut suka kita je kan, Mira kan? Mira selesa duduk perut mama tu, dan masih belum siap bersolek untuk melihat dunia.
Dan pada hari Ahad, 20 hb Mama masuk sepital, esoknya, tepat selepas masuk waktu Asar(Abah sempat lagi semayang Asar tuh, nasib baik tak terlepas kamu keluar tau..), Mama pun meahirkan Mira. Sakit yang dirasai hilang bila melihat wajahmu yang comel dan matamu yang besar dan bulat. Semoga membesar jadi anak yang solehah dan berguna,dan beroleh kebahagiaan duia dan akhirat. Aminnn...


Ni hadiah Mira nak kan? Mira nak bilik Mira dengan hiasan dinding macam ni. Lepas Mama balik ke KL dari Paka ni, kita buat projek ni sama-sama yaa...

Mama Sayang Mira saaaaangat-sanggaaattt! Happy Birthday, Mira!

No comments: