Tips-tips ketika baru bermula kebakaran.
Iya tuan-tuan dan puan-puan, itulah tajuk syarahan kita pada hari ini. Hari ini bersamaan 14 Syawal 1429H bersamaan hari Thalatha tun anwa'in.
Mula-mula, kita kena basuh baju dulu ya adik-adik. Mula-mula asingkan kain yang berwarna dan yang kurang warna, kalau bilangan kain yang diasingkan tu belum mencukupi satu load basuhan, sila delaykan pembasuhan kain yang itu sehingga cukup korum.
Tetapi, oleh kerana pada hari itu, kouta adalah mencukupi, maka masukkanlah kain berwarna itu kedalam mesin basuh, masukkan dua cedok (cedok ke hapa scoop tu ah)sabun maxclean, dan satu penutup penuh softener petal di dalam tempat letak softener.(Mak, kenapa mak pakai satu penutup penuh, mak tak sayang kami lagi? *Bodo je rasa iklan tu kan?)
Ok, kemdian anda boleh lepak kat depan sekejap, sementara nak bersiap-siap pergi beraya. Oh ya, lupa pulak, pastikan hari tu adalah hari Ahad ada rumah terbuka kat umah Ted.
Kemudian, anda pasti akan rasa perut memulas, dan masuklah ke toilet utk menambah pelaburan. Sedang anda syiok itu, anda mungkin terdengar bunyi 'spark' daripada bahagian dapur tempat anda membasuh kain. Anda juga mungkin akan buat muka pelik sambil berfikir, 'takkanla ada spark kat umah aku, kalau kat power stesen tu adalah dengar' lalu meneruskan pelaburan.
Kemudian, setelah selesai, anda perlulah memasak air untuk dimasukkan dalam termos sebab nak buat susu anak didalam perjalanan ke rumah terbuka disamping membasuh botol susu anak anda. Ketika anda mula membasuh, anda lihat di bahagian belakang tempat membasuh kain telah menjadi gelap dan penuh dengan asap, dan anda lihat plug di dinding sudah terbakar.
Kejadian seterusnya, anda terus menjerit 'API, BANG! APIII!' (Hohoho, first time in my life aku rasa aku jerit api!api!). Sambil menjerit tu jangan lupa amik fire extinguisher kat tepi almari pinggan mangkuk. Sila pastikan juga anda memang dah hafal macamana nak guna fire extinguisher itu. Janganlah time itu baru anda terkial-kial nak baca instruction macam cerita Monk dulu, siap ukur jarak semburanlah, hahaha..
Kemudian, husband anda datang, dan anda hulurkan fire extingusher itu kepadanya utk digunakan, oleh kerana cik hasben sendiri tidak membaca instruction sebelum ini, dia kata, "ala, lambatlah, ambil air dulu". Anda, yang memang dah baca instruction sebelum ini, di saat panik, masih lagi ingat ingat lupa, terus memotong plastik yang mengikat kepala pin dengan gunting dan mencabut pin, kemudian anda akan mengetest-drive kan fire extinguisher itu sambil fikir, 'macam ni ke pakai?'. Setelah powder fire extinguisher itu keluar dengan sekali semburan, anda terus menjadi super hero a.k.a ahlil bomba, lalu talakan fire extinguisher itu ke arah api dan semburrrrrr!* Yaaaah, sudduttt semburrrrr!Gerak geri gasing!*
Dengan sekali semburan, api itu padam, sungguh cepat kejadian itu berlaku, husband pun belum sampai dengan air yang dia kata nak amik itu. Amik air semayang ke hapo.(Kejadian itu sungguh pantas,mengambil masa 0.05 saat, mari kita saksikan sekali lagi dengan aksi gerak perlahan)
(*RALAT : Dalam keadaan kelam kabut, aku ingat Cik husband kata nak amik air, tapi, sebenarnya dia kata, nak tutup main switch. Memang kena off semua sekali yach, untuk mengelakkan berlaku litar pintas yang lebih buruk)
Kemudian, sebagai dua orang juruterror letrik yang berdedikasi, investigatelah punca kejadian. *Ini bukan cobaan.. Ini betul-betul kejadian*
Setelah dibincang dari bermulanya kedengaran 'spark'itu, dapatlah disimpulkan bahawa terdapat 'loose contact' antara plug mesin basuh dengan soket di dinding itu lalu menghasilkan percikan api. Percikan api yang panas itu terus membakar plastik soket itu.
Kemudian, anda mungkin akan rectify kerosakan itu. Jika anda bukan juruterror letrik yang terror, *ngehehehe, silalah panggil technician letrik mana-mana yang bertauliah utk buat wiring. Jangan taram saja.
Dan jika anda pasti anda boleh menukarnya, maka gantikanlah soket itu dengan yang baru. Sebelum tu, kena lah keluar kejap, beli soket dan plug. Sementara suami anda menukarkan soket itu, anda hendaklah membersihkan bahagian dapur yang penuh hitam dengan habuk asap plastik yang terbakar tadi. Anda juga perlu membasuh segala pinggan mangkuk yang tercemar sehingga kelihatan anda baru lepas buat kenduri.
Sekiah kisah Pak Bakar kali ini.
Pengajaran :
1. Jika ada peralatan letrik yang kuat draw current macam mesin basuh, air cond, make sure contact dia adalah baik, jangan pasang longgar-longgar, kalau ada bau, atau spark, terus cek, jangan tunggu. *ntah la , sebab time tu aku kat toilet, tu yg aku tunggu dulu, sekali dah terbakar banyak...
Inilah ghopernya soket yang terbakar tuh. Gambar blur, mesti tangan aku menggeletar lagi nih...hehehe..
Terbakar, kotor jelaga dia sampai ke ceiling.
2. Pastikan ada fire extingusher kat rumah, malang tak berbau, walaupun kali ni memang berbau plastik terbakar. Thank you , EVERSAFE, ABC Powder!!
Penyelamat bangsa, ailebyu!
3. Tak dapek pergi raya umah Ted lagi!!! waaaaaaaa...tapi, syukurlah aku tak sempat keluar, dan rumah dapat diselamatkan. Alhamdulillahhh, *ini hint kena buat kenduri ke rumah aku nih*
Sekian tips kali ni...Tataaa...
No comments:
Post a Comment