Monday, October 6, 2008

Raya yang biasa-biasa saja

Dah, dah balik dah kat opis nih. Orang lain first thing balik opis buatler keje ke hapa kan, aku updet dulu. Teruk tul.

Aku balik raya kat Johor dulu tahun nih, yelah kan, kan ada sistem giliran. Nasib baik ada, kalau tak, aku dengar kat tempat lain ada je sistem veto. Kalau isteri bising sikit, "Kalau ko nak balik kampung ko, balikla sendiri!"jawapan dia bagi ko.. Ishh, jgnler gitu kan..Dua dua belah pun, mak bapak jugak. Tu nasib ada satu, kalau ada 2-3? Tak merasa yang 2-3 tu nak beraya ngan suami yek.hehe.(Err..aku assume mesti raya dengan bini tua la laki dia..kalau tak kerana yang tua, takkan ada yang muda kannn...) Ishh, termelalut lak kesitu. Ni pasal selalu dengar Sinar FM pepagi lah nih.Si Saleh Yakob tu kan ada tigaaaa. Macam felem P Ramlee daa.

Duduk rumah pun, tengok tv je manjang kerjanya. Tak beraya kemana sangat.Itu pun, sebab ayah aku anak yg paling tua, kenalah standby kat umah, sebab sedara mara semua, anak sedara, cucu sedara nak datang beraya kat umahla kan.

TV tahun ni first raya macam hambar je. Asyik nyanyiiii jek. Masuk raya kedua ketiga barula syok sikit. Tapi, aku terlupala, tak tengok alkisah kembali lagi, kat TV3.
Tapi, aku ada tengok lawaking raya ke hapa, yang ada satu scene tuh, pecah perut aku gelak, scene mak dia mintak maaf kat pak dia pepagi raya, lepas tu, berbalas-balas maaf sampai kemalam..hahaha..

Antara dialog yg aku ingat,"maafkan saya bang, saya buat salah kat abang, sebab saya sangka abang ada apa-apa dengan tipah janda tu" laki dia pulak cakap" maafkan abang, salah abang lagii besar kat awak, yang sebenarnya,abang dah kawin dengan tipah janda tu," pastu mak dia pulak, counter maaf, "tak bangg, saya lagi besar salah kat abang, saya tau abang dah kawen, saya dah balas dendamm dah bang,saya taruk racun tikus kat nasik abang, nasib baik abang tak mati, maafkan saya, banggg" hahaha..lepas tu pak dia pulak mintak maaf, bergilir-gilir, rupanya dok balas dendammm je masing2...haha..

Dahlah, nak buat keje la pulak...
Tak tau nih bila nak buat open haus, (kalau rajin) hehe..
Selamat balik kerja olss!!

No comments: