Saya tau saya tau..Saya lama tak ngapdet, lagi lagi muka apek tu korang nampak, iyaa..
Biasalah, this holiday season ini, makincek pun manjangg merasa mood holiday sajork.
Hari lepas ke Senibong tuh, yang makan seafood tuh, yang sekali tu kena 77 hengget ngko, makan dua orang jer..Mahal gila. * selalu orang salahkan org spore yang kaya datang makan kat JB dan kawasan sekitar yang jadikan JB antara tempat yang cost of livingnya tinggi* Hehehe..
Aku ingat masa aku kecik dulu, duit Msia lebih tinggi dari Spore, aku selalu jugak masuk SPore, beli barang makanan, shopping, beli buah-buahan. Lagipun, tok sedara aku pun ada tinggal kat Jurong masa tuh. Time tu, pakai pasport terhad je dah ok, pastu, aku budak kecik, akan nompang paspot mak. Adalah, kat mukasurat keberapa pasport mak tu, ada gambar pasport aku, sambil tulis, "Pembawa kepada" kalau tak silap..maknanya mak aku pembawa lah..Dulu, aku siap beli jajan kat kedai tuh, harga sepuluh sen Spore, tapi, aku bayar sepuluh sen Msia , suka pakcik tuh..hehehe..
Tapi, sekarang aaa, 1 dolar sana sama dengan 2.42 sen sini. Tak heaven org spore kalau shopping sini. Kalau parking kat Kotaraya tu hari minggu, (2.50 sekali masuk) bersamaan satu dolar je sehari dia. Tak ke murah itew?
Tulah sebabnya, Haiyoh, JB sekarang, sepanjang jalan dari Skudai sampaila ke JB, korang tengoklah tepi jalan dia, kejap jumpa Tesco, kejap jumpa Giant, kejap jumpa Jusco, kejap jumpa ntah apa-apa Mart. Ni aku datang, nampak Jusco yang baru. Dahsyat oo..Kat KL pun, takler sekerap itu jumpa super super mart nih.
Tapi, dalam pada tu, sempat gak pergi ni Spore hari Sabtu, gatai nak masuk, sebab nak tengok Christmas decoration kat Orchard Road yang chantek dan happening u ols.
Masuk naik bas je, pastu naikla MRT dia kesana-sini. Anak-anak memang saja tak bawak, sebab tak sesuaila kalau nak masuk naik bas, lepas tu, sekadar jalan-jalan window shopping jer, lagi nak bawak pampers, susu bagai, masuk backpack ke, letihlaaa...So, kalau bawak diaorg pun, kena bawak kereta, pergi Zoo diaorg bes.
So, sehari jelah berjalan kat situ, masuk dari JB dalam pukul 8 pagi gitu, gedebak gedebuk lalu kastam checkpoint, naik bas turun bas, naik bas lagi, naik MRT sampai ke Sim Lim Square dalam pukul seplo gitu. Sim Lim Square nih tempat barang barang letronik lah, dan gadget gadget, taulah kan, kalau aku n laki aku datang kemana2 pun, tuju tempat inspektor gadget tu dulu. Tapi, jaga-jaga kat situ, harga barang boleh jadi murahhhh gila, especially kamere or video cam, tapi, sebenarnya cetak rompak tuh, kualiti adalah fail ok.. So, be sceptical bila harga yang 2 ribu lebih, dia boleh kasik as low as 200 dollars.
Kat Shim Lim Square tu pun dah hampir ke pukul dua baru habis beli satu barang..Belum lagi jalan satu bangunan tuh. Lagi nak gi orchard roadlah, nak gi bugis streetlah, mana ler sempatnya. Last-last makan kat Burger King depan Shim Lim Square tu, naik MRT balik pergi Orchard road jer.. Petang baru naik MRT , naik bas, turun bas, naik bas, turun bas sampai kastam, masuk Msia balik.
Kepenatan u ols. Next week pun, aku kena gi PG lagi nih...Deo, sorrylah, haritu, ko cakap ko kat Festive Mall kan, aku bukannya kat Festive Mall tuh, aku ada dekat tapak yang ada rides yang macam funfair tuh..Kat situ kan tulis kat kain rentang dia, "Festive Celebration at the bay" gitu. So, bila ko cakap, ko kat roundabout la, kat parking kereta la,aku heran gak, mana punya roundabout ko cakap ni. bila aku gerak ke depan sikit naik kereta, baru perasan roundabout tuh. Dah sah sah jauh dari tempat aku berdiri tepi laut tuhh. :-)
Oh , panjang pulak entry kali nih..Tapi, gambo takde sebab tak download lagi gambo dari dalam kemre. Entry lepas nih, entry teka teki lagi. Dengan hadiah belanja makan lah...:-) Tungguuuuwww!
No comments:
Post a Comment