Saturday, January 10, 2009

Harga makan kat kantin

Ingat tak masa sekolah rendah dulu, mak kita kasik duit berapa sen? Aku sendiri dah tak ingat. Tapi, rasanya mungkin doplosen atau tigaplosen, kalau dapat limaplosen tu kira kayala itu. Hehe. Itu pun, kadang-kadang bawak bekal ke sekolah, so takdelah beli apa-apa lagi kat sekolah tuh. Pastu, tengahari, kena cangkung kat parit sekolah ramai-ramai gosok gigi, pastu rasa nak muntah tengok bekas kumuhan yang dispitkan kedalam longkang oleh orang yang berada di sebelah hulu longkang. Yelah, air kan mengalir ke hilir kan...

Hari-hari aku tanya anak aku punya belanja berapa. First day tu, aku belikanla sebab kitaorg ada. Second day, kitaorg bawakkan bekal roti dan botol air dia isi air sirap.
Tapi tetap beli jugak..

Second day :

"Mira beli kalsiyam!" Price : Satu hengget.
Jumlah keseluruhan : satu hengget

Third day

"Mira beli super ring!" Price : tigaplosen
"Mira beli kalsiyam!" Price : Satu hengget
Jumlah keseluruhan : Satu hengget tigaplosen

Forth day :
"Mira beli vitagen! " Price : Satu hengget
"Mira beli kalsiyam!" Price : Satu hengget.
Jumlah : Dua hengget

Aik? Makin lama makin mahal? Huhuhu..

No comments: