Sunday, February 15, 2009

SAPY PUNYA SUSU,SAPY DAPAT NAMA!



Bes! Melotop ! Inilah animasi 3D yang kita cari-cari selama ini, Tuan Direktor!
Setelah meredah dua shopping complex, setelah try menalipon untuk booking tapi tak dapat, akhirnya berjaya jugak nonton sekeluarga cerita ini.

Kagum, satunya aku kagum, aku call mana-mana cinema, dia kata sudah penuh, sampai kat TGV, GSC, tulis "FULL". Tunggulah sampai lagi 30 menet sebelum tayangan, kot-kot ada orang release tempat duduk. Dan kami telah berjaya! YAY!

Masuk panggung je, memang FULL HOUSE! Penuh sampai kedepan!"Betul!betul!betul!"

Sinopsis? Haiyoh, panjangla mau cerita kalau mau sinopsis. Pendek kata, berbaloi, sangat berbaloi!

"Fikir Masa Depan!"
"Sapy!Go!"

Terlior pulak nak makan durian. Huhuhu...

Korang mesti tengok tau...Jangan salah cerita pulak, macam kat bawah nih...

dari perspektif kek jiya

Tuesday, February 10, 2009

Mama Cantik

Ehem. Den tak kiro, takpolah kalau korang semuo kato, "hek ele, itu pun nak blog", "perasan ler tuh","takde citer lain ko?""ekau ni domam ko?" Den tak kiro jugak. Den kena ingat nih sampai bilo-bilo. Hari yang pertamo.(Mahapkan loghat nogori ni yo, eden ado outstesen kek PD duo hari.Makan lauk podeh, terus tergeliat lidah den)

Iyo, tuan-tuan dan puan-puan. Hari yang pertamo, Encik Epan cakap,"Mama cantik!"(Ofkos la, dia cakap pelat, "Mama Atek")

Pagi tadi, lepas bersiap nak gi keje, Epan pergi depan aku, sambil pegang salah satu button baju aku, dia cakap, "Mama atek!" Aku ingat dia cakap, "Mama , button!" Kadang kadang bunyik button dia macam "aten" or "atek". Aku tanya lagi, dia sebut lagi, "Mama atek".

Oh, bahgianyaaaa rasaaa. Tapi, mungkin jugak dia nak maksudkan baju yg aku pakai tu cantik kot, sebab kaler teraang dan warna warni..lantakle situ..hehe..

Ni kira pestaim nih. Kalau Cik Mira, dah biasa dah. Dia ni pandai jaga hati orang and terer bab bab "jack" org ni.

"Abah, kakak tengok abah dah kurus sikitlah". Lepas dia tengok Cik Uci balik dari jogging. Hahaha..

Ataupun, kalau kita tanya, kereta siapa Mira suka, kereta abah ke, kereta Maksu yang baru tuh, dia akan jawap, "Dua-dua Mira suka". Nak jaga hati la tuh...hehe..

Tapi, Encik Epan tak pernah lagi, okkayyyy...
Moral of the story, *sesekala, korang pujilah mak mak u ols cantik. sure bahgia dan bagai di awangan je rasa, tauuu*

*Encik Epan 3 tahun esok hari.

Dan tadi, baru je lepas buatkan goodies utk kawan kawan taska dia. Biasala, kalau besdey dia jatuh hari sekolah, kadang tu belikan kek, sambil bagi goodies kat kawan-kawan..

Bergotong royonglah tadi dengan Cik Iya, Cik Uci, (Cik Epan gotong royong makan jer)huhuhu..

Thursday, February 5, 2009

Evolusi nada dering

Eyceh...

Ingat tak masa masa henpon mula-mula tercipta? Aku tak.

Apapun, I reckonlah, the ringtone during that era would be that boring, classic kring kring!

Lepas tu, korang mula pakai Norkiah. Ataupun macam aku dulu, Philip Savvy...*savvy?(ikut style Jack Sparrow cakap). Rasa canggih oo bunyik ringtone monophonic. Tenenenet teneneneeett..Pastu, ada yang korang buleh buat ringtone sendiri! Aku ingat dulu, aku rajin download dan print dari internet atau tiru ringtone dari henpon orang, pastu ko key in lagu tuh...Norkiah 3210 ada feature nih..Hehehe...

Lepas tuh, ko tukar henpon canggih lagi, sebab ada ringtone polyphonic! Dan jugak bleh main mp3 atau wav punya format lagi!Sentiasa fascinated dengan lagu-lagu kat henpon orang yang canggih-canggih, kan?

Tapi, sekarang nih, korang rasa tak a bit annoying lagu-lagu nih. That's why now, aku punya ringtone dah balik kepada that classic kring-kring. Evolusi ni macam roda ek, balik semula ke tempat asal. Go back to basic, go back to your roots. *ehem, ada sesapa nak duduk dalam gua lepas ni?

And speaking of ringtone, Che Uci punya ringtone ada pernah sekali tuh,unique hanya bila aku call, iaitu :Bunyi siren-diikuti-"CAUTION!CAUTION!IT'S THE WIFE!"

Marang kerapu kepunden parang sekeper betul....hehehe...

Wednesday, February 4, 2009

Monday, February 2, 2009

Artinya..

Korang ingat tak dulu, masa Form 5 , ada satu part tu kita kena terangkan dan interpret puisi , sajak, kadang tu gurindam. Kena tulis macam karangan gitu..Ada yang macam aku sendiri tak tau apa kebenda nak tibai, bila soalan tu keluar periksa. Macam sajak warkah utk Cik Uci la itu..hehe..

So, kat sini, aku kasik jawapannya lah...

Hari ini, pagi ini mungkin aku lupa,
Nasib baik redio ada cerita,
Ni semua sebab dah dapat awal la,


*Rangkap ni bermaksud, aku lupa besday dia daaa hari tu. Pagi-pagi aku keluar selamba dek je, tak wish laki aku, sebab aku lupa. Dan dia sendiri pun tau aku lupa, sebab kalau tak, pagi pagi aku akan wish secara berjemaah dengan anak-anak semua.. ehehe..

Lepas tu, aku terperasan haritu besdey laki aku, sebab kat radio ada cakap, "Iya, hari ini hari Khamis bersamaan 29 Januari, bla bla bla". Time tu baru aku teringat:"Alamak, birthday laki aku!". huhu..Mithali sungguh, kan?

Tapi, sebab aku lupa tu pun kerana dia dah dapat besday present dia awal. Tu yang aku tak ingat tuhhh.Kalau tak, sure aku ingat punya...

Tengahari tadi, dapat makan Subway apa,
Footlong yang kita kongsi berdua,
Dan jugak air coke dan cookies juga,


*So, bila dah teringat hari tu besdey dia, aku pun terus mintak cuti half day, call Che Uci dan ajak dia gi Sunweipilamid. Lunch beli footlong sebab lagi murah la daripada beli 6 inch sorang satu. Ingat nak lepak-lepak tengok wayang pulak. Tapi, ramaila orang pulak..Terus la keluar amik Cik Epan kat nursery, balik umah.

Balik pula, cari ia didua pasaraya,
Subang Parade dan Carefour pula,
Kaler pink , pikachu tak hengat punya,


*Ini pulak, aku ingat nak belikan kek kat Secret Recipe kat Subang pered. Tapi, takde pulak kek..Kena tunggu lambat sket. So, berjalanla pergi ke pasaraya sebelah,iaitu Kafu untuk mencari kek juga. Last-last kek semua design ntah hapa-hapa, so, makincek belilah kek kaler pink gambo pikachu utk Che Uci..*jeling abang pinky , Vad. Hehehe...



Petang pula, dapat warkah dari kami semua,
Bersama pelukan mesra,
Betapa kami sangat chenta...


*Ini pulak, petang lepas amik Mira, pergi kedai jap beli kad..hehehe..Dan suruh Mira tulis Happy Birthday kat Abah dia....


Sekian jawapan interpret sajak ntahapapa itu...:-)