Korang ingat tak dulu, masa Form 5 , ada satu part tu kita kena terangkan dan interpret puisi , sajak, kadang tu gurindam. Kena tulis macam karangan gitu..Ada yang macam aku sendiri tak tau apa kebenda nak tibai, bila soalan tu keluar periksa. Macam sajak warkah utk Cik Uci la itu..hehe..
So, kat sini, aku kasik jawapannya lah...
Hari ini, pagi ini mungkin aku lupa,
Nasib baik redio ada cerita,
Ni semua sebab dah dapat awal la,
*Rangkap ni bermaksud, aku lupa besday dia daaa hari tu. Pagi-pagi aku keluar selamba dek je, tak wish laki aku, sebab aku lupa. Dan dia sendiri pun tau aku lupa, sebab kalau tak, pagi pagi aku akan wish secara berjemaah dengan anak-anak semua.. ehehe..
Lepas tu, aku terperasan haritu besdey laki aku, sebab kat radio ada cakap, "Iya, hari ini hari Khamis bersamaan 29 Januari, bla bla bla". Time tu baru aku teringat:"Alamak, birthday laki aku!". huhu..Mithali sungguh, kan?
Tapi, sebab aku lupa tu pun kerana dia dah dapat besday present dia awal. Tu yang aku tak ingat tuhhh.Kalau tak, sure aku ingat punya...
Tengahari tadi, dapat makan Subway apa,
Footlong yang kita kongsi berdua,
Dan jugak air coke dan cookies juga,
*So, bila dah teringat hari tu besdey dia, aku pun terus mintak cuti half day, call Che Uci dan ajak dia gi Sunweipilamid. Lunch beli footlong sebab lagi murah la daripada beli 6 inch sorang satu. Ingat nak lepak-lepak tengok wayang pulak. Tapi, ramaila orang pulak..Terus la keluar amik Cik Epan kat nursery, balik umah.
Balik pula, cari ia didua pasaraya,
Subang Parade dan Carefour pula,
Kaler pink , pikachu tak hengat punya,
*Ini pulak, aku ingat nak belikan kek kat Secret Recipe kat Subang pered. Tapi, takde pulak kek..Kena tunggu lambat sket. So, berjalanla pergi ke pasaraya sebelah,iaitu Kafu untuk mencari kek juga. Last-last kek semua design ntah hapa-hapa, so, makincek belilah kek kaler pink gambo pikachu utk Che Uci..*jeling abang pinky , Vad. Hehehe...
Petang pula, dapat warkah dari kami semua,
Bersama pelukan mesra,
Betapa kami sangat chenta...
*Ini pulak, petang lepas amik Mira, pergi kedai jap beli kad..hehehe..Dan suruh Mira tulis Happy Birthday kat Abah dia....
Sekian jawapan interpret sajak ntahapapa itu...:-)
No comments:
Post a Comment