Saturday, March 28, 2009

Ku lihat Hithaaammmm...



Huhuhu. *Jangan tegur part 2 ; kata waiem..

Area rumah aku ni, aku tengok (deret depan rumah aku jela,kan,tak kosser pulak aku nak keluar tengok semata-mata orang tutup lampu ke tak), jiran depan aku dua orang menyahut, sebelah rumah dia terang benderang, sebelah lagi terang benderang, lewatt lagi ke deret belah kanan lagi, pun gelap, sebelah dia, rumah yang esoknya ada buat kenduri kawen terang benderang sampai ke luar, *ofkosla kan...earth hour pengantin esoklaa*, lepas tu ada yang tutup ada yang tak, all in all, takde ler mana sangat aku rasa org tutup lampu nih....

Rumah aku? Aku, Cik Mira dan Ncik Epan tak ready lagi nak menyahut kegelapan satu rumah. So, lampu kat ruang tengok TV je on. Lain semua off..Oklah tu..Aku taip ni sambil bergelap kat bilik. Bukannya nak buat apa pun, bukak-bukak lampu...Tapi, kalau aku nak gi toilet ke masa tuh, atau kalau aku nak gi dapur ke, aku pasang la jap, aku keluar, aku tutupla balik..Rasanya, macam biasa jela aku buat. Takdelah lain dari hari biasa, mungkin malam ni, aku teringatla nak tutup lampu, kipas lepas tak pakai..:-)

Kawan-kawan seopisanku ada yang standby kat bilik gerakan nih. Aku terkecuali sebab aku cakap, "ishh, nanti budak2 tu siapa nak jaga,seben jauh". Lagipun, seriously, aku rasa macam tak perlu jek..:-)

My IM cakap, " u suruh husband u balikla jaga budak-budak". Lepas tu another M kata, " kalau husband dia balik, lagila tak boleh datang, it's Earth Hour and EXTENDED!"

Cikapot tul...hahahhaa...

Satu lagi, bukan setakat earth hour ni je korang suka suka ikut, korang kenalah jugak recycle , ni tak, main buangg je dalam tong sampah tin, plastik, kaca, suratkabo bagai..Cuba asingkan, jual ke lepas tuu *Macam-macam cerita ada, dua puluh senn!"- Saya beli bukan mau baca celita*<--Citer bujang lapoklahhh...Ada kete ke, share sharelah, tong tonglah pergi keje..Kurangkan sikit asap kereta dan jem kat KL dan tempat yang sewaktu jem dengannya..

Lepas tu, janganla suka bakar sampah sesuka hati, kalau ada karen tak pakai kat umah tu, lampu ke, air cond ke, kipas ke, tutup laa...Takpe, mek tak kisah tak jual letrik banyak..huhuhu... Yang penting, bumi ni hanya pinjam-pinjaman...Kalau pakai barang pinjam, kenalah jaga elok2 kan...Jangan buat macam reta sendiri...hehe..

Sekian. Tengkiu..

No comments: