Tuesday, March 31, 2009

kuat ka?

The day started with full-of-cholesterol-roti-planta for breakfast, and a lot of bragging. Yes, they all wonder how I cope with two kids and no maid, work, kids,send to school, home, cook, clean, etc. Some say I’m supermom la, superwoman la, tapi, I lebih suka dikenali dengan nama Wonder Woman. (imejin Lynda Carter- ok, tukar ke mek, ohh…nehi nehi). Masa kecik dulu kan, aku pakai jam besar, aku amik towel, ikat kat leher, pastu pusing-pusing jadik Wonder Woman..Hehe..Opss..side track lak..Well, I bragged a bit lah. Alaaa, small matter what, no problem what..

Later , around 9.30, send the car for service, since there’s no other car around and I am their first customer and found out that it may took about only 1 hour to finish, I decided to wait.

Tunggu punya tunggu punya tunggu, kereta tak siap jugak, pukul 11 pun tak siap, pukul doblas pun tak siap. Ini Jimmy Gu Oppa ( Korean la mechanic nih) , dah nak elok kereta aku nak siap, kata brake pad kena tukar, ok..fine, lepas tu, tak sempat abis tukar brake pad, datang satu customer, tak taulah kawan ke apa, ”Anyong haseyoo” Oh, sedara sekaum senegara agaknya, terusla dia stop buat kereta aku dan buat hal dengan kawan tu pulak, pergi fax geran kereta lah, cakap kat phone, then bercakap, bincang dengan kawan tu tadi, aku tengok jam sudah pukul dua belas lebih, perut sudah berkeroncong, dan muka aku sedikit lagi sudah mau jadik gorila. Kang lepas ni, dia suruh tukar ekzos besi aku kepada ekzos buluh, mau melotop aku kat situ kang.

Tried to call friends and pakwe, but pakwe driving, cannot talk, friends also bizi, cannot talk, ingat nak mengadu dombalah kan, tak berjaya jugak. Manalah harus ku melampiaskan rasa amaroh mek ini.

Makanya, sebelum aku menggorilakan diri dan meroyan tak pasal-pasal, in which takde maknanya aku buat gitu, I decided to leave quietly, hangat-heartedly and try to take the cab back.

Oh, tidak…Siksaan dan torture belum habis di situ.
Under the scorching hot sun, (apa? cubalaa jalan pukul 12 tengahari,tak terbakau ko rasa) , I walked out and try to stop the taxi. Kenapa aku kata , “try”? Sebab tak berjaya okey.. Kedua-dua buah teksi yang aku tahan tidak mahu menghantarku. ”Takde, tak mau pergi sana! ”Sambil geleng-geleng kapla. Satu lagii, ”ayoo, saya mau berenti makanlaaa”. Haa? Ini boleh mendatangkan marah!

Maka dengan hati yang makin bengkak, ku meneruskan perjalanan kaki ke arah Lion. Anak aku panggei sanwei pilamid tu lion, ok. Which is about, I believe 5 km ada tuh berjalan. Tapi, sebelum itu, aku singgah jap ke Esso sebab haus, kena beli 100 plus.*Recharge tenaga anda* Ada dua tiga orang promoter kad kredit ke hapa kat luar stesen tu, tapi, tak siapa pun berani approach aku sebab aku rasa time tu muka aku macam boleh makan olang. ” Lu belani datangla! Wa hantam nanti solang-solang!” Kemdian, setelah membasahkan tekak, Salimah meneruskan perjalanan.

Bersama kepanasan mentari, dengan berjalan seorang diri, peluh semua mengalir keluar, peluh jantan betina pondan segala habis. Then, suddenly, rasa amaroh itu menjadi lain pulak, iya, aku sudah hampir menjadi Neng Yatimah. (Hampir je )

At that precise moment, I was feeling so alone, with no one to turn to for help, no one to talk to. And tears start to come. Melodrama la mek pulak, kan. Oh shit, what is this all about , again? My mechanic was slow-lemau-gaban, no cab wants to send me, and I just have to walk under the hot sun for 5 km. That’s not so bad lah!! But then, why am I feeling like this? Ayomaaa…Got to shake this off. * Sambil cuba nyanyi lagu perjalanan ini terasa sangat menyedihkannn*teringat Poii nyanyi karaoke..hehe.. Ku sangka panas sampai ke petang, tapi hujann ditengaharii...

Sesampainya di Lion, ingat nak makan, tapi, dah lapo dari tadi, marah lagi, tetiba macam ilang lak lapo. Oklah, kat luar Lion tu ada teksi berderet-deret, mesti nak hantar, kan? Tanya tambang berapa hengget? Dia cakap, 17 hengget. 17 hengget? Oh, tidak, betterlah aku just stay kat Lion, isi minyak kete 15 hengget pun boleh pergi balik opis rumah campur merayau. Op, my blood start nak go upstairs lagi nih, tahan..tahan..Astagapar Tina…

So, I called the office, and take the whole day off. Jalan lagi sampai kat cinema. Aik? Camne kaki aku leh sampai sini? The next movie , 12.45, cerita Bloddy Valentine. Aku piker, citer apa nih? Ahh bladi hell la, aku tengok je. Sambil berjalan, dengan pop corn dan air di sisi, aku tersenyum . Waah, muka ata senyummm... I feel fine again..

Tunggulah movie tu start. Aiyo, sekali tu , itu cerita ala-ala Boogie Man, Cik Bedah. Citer orang psycho bunuh bunuh orang secara kijammmm. Motif? Tak de motif sebab dia saiko. Kill! Kill! Die !Die! Alamak, kang membangkitkan rasa amaroh aku balik nih, dah tadi senyum dah..Tengok jelah, memangla graphic sikit sebab otak bersepai, perut tersembul, mata tercocok, mulut terbelah, sampai kepala terpisah dari badan, tapi, pelakon dia macam kayu. Except the Boogie Man yang bunuh2 tu la, tu kena lebih eksyen. Dan there are times yang aku gelak instead of menjerit. Ada jugakla yang betul-betul rasa ngilu, especially bab cocok mata tuh. Takpelah. Tengok jelah sampai abis.

Kemdian, lepas abis, ku berjalan lagi di tengah panas ke bengkel kereta tu. *Penat berjalann, ditengah kotaaa, mencari teman bukannya mudahh*
Melihat kehadiran aku, dengan senyum Jimmy Oppa itu mempersilakan aku masuk.(rasa bersalah ke tak tak taula, kata sejam je , tapi, sampai berjam jam. Lupa pasang jarum jam agaknya) Lepas bayar kelepuk kelepuk, dia hantar aku ke kereta, dan buat tunduk hormat, “Kamsahamida”. Nasib baik ko basuh sekali kereta aku. Takle hangat sangat dah hati.

Sekian. Tulah sebab pagi-pagi ko takleh brag. Kang sampai petang ko kena uji. I thought I am tough, but apparently not. Walaupun aku rasa aku ni independent , there are times that I still need help and companion, I cannot do everything myself.

Cik Uciiii...waaaaaaa...

*Hamek ko, 10 mukasurat karangan*
*hek ele, hantar kete servis pun nanges ka

No comments: