Thursday, May 14, 2009

Duduk rumah saja

Iya, sejak seminggu aku tak updet nih, perkara yang aku buat ialah duduk dirumah saja. Bermalas-malasan, merasalah jadi suri rumah tangga sepenuh masa, hantar anak sekolah, siapkan sarapan (dari dalam kotak), siapkan lunch yang boleh tahan sampai ke dinner.

Sebabnya, ncik epan kena sakit mata atau dalam bahasa jawanya, conjunctivitis atau bahsa jerman,pink eye. Lama pulak tu nak baik, time aku menaip nih, masih lagi bengkak mata dia. Sampai mata aku skarang nih pun dah mula gatal2 jugak..saikoloji ke hapa aku tak taulah. Tapi, dah alang-alang mata pun naik merah, terus jumpala itu doktor, dapatla mc dua hari, yay!(Jimat cuti aku)
Gambar hiasan, bukan mata sebenar.
Best jugak rupanya duduk rumah nih, sempat la jugak aku pasang frame gambo sekeping dua kat dinding, yang mana dah lama dah ada framenya tapi tak sompek nak gantung. Kan bes kalau aku dudk rumah cenggini, gaji masih jalannn...hehehe..

Huhuhu..Aku cuti lagi sampai esok nih, tapi mata anak aku masih jugak bengkak. Perlu ke aku risau ah? Dia start merah mata gitu sejak hari Jumaat lagi. Dah hampir seminggu nih..

No comments: