Marrrey marrey marrrey,
Kumpul ramai-ramai, kita bersama segmen teka teki teka tekuk, lepas bagi jawapan ni sure aku kena lekuk.
*Belalangggg, mana ko belalangg, kenapa ko tak tolong orang orang ni belalang...
Sok'alan yang pertamah: Banyak -banyak burung, burung apa yang geli dengan perempuan?
Jawapannyyaa : Eagle!
Terangkan! : Kerana sebutan eagle, menyerupai Eeiii Girll! Menunjukkan betapa burung geli terhadap perempuan.
* Apa betul, Baginda Masai? Makincek memperolehi kemenangan yang pertama!!!!
Sok'alan kedua : Banyak-banyak haiwan, haiwan apa yang jual beg?
Jawapannya : Kambing!
Terangkan wahai ahlil nujum yang bijak bestari ! : Kerana kambing sentiasa berbunyi , "Beeegg, beeegggg"...Dia choba menjual beg yang tidaklah laku kerna tiada siapa mau beli.
*Makincek memperolehi kemenangan yang keduaa!(Lambung selipar)
Sok'alan ketiga : Haiwan apa yang jual kain bila kena pukul atau baling dengan selipar?
Jawapannya : Anjing!
Terangkan! : Kerana anjing bila dibaling, dia akan lari, sambil menyebut : Kaing! kaing! kaing!" Sesuai dengan loghat terengganu, yang bermaksud, Kain.
*Semunyik dari kena baling selipar
Sok'alan keempat : Abang Sempoii telah berjaya jawap dengan tepat! Banyak-banyak Raja, raja apa takleh tumbuh misai? Jawapannya : Raja Azura. Kalau Raja Azura tumbuh misai, laki dia lariilaaa..huhuhuhu..
Makincek menang kali ni dengan 3-1.
No comments:
Post a Comment