Monday, October 5, 2009

Mari belajar kacap terlabik

Aku tak tau berapa orang yang tahu cakap terbalik nih. Sebabnya , fenomena ni berlaku zaman zaman orang orang yang tengok Back to the Future semasa berumur lingkungan darjah darjah dan awal tingkatan..ekekeke...

Meh ler mek ajarkan ya..

Mula -mula kita mesti paham suku kata perkataan ya adik-adik.

Contohnya, MA - KAN . Ada berapa sukukata adik-adik? Ya, betulll...Dua suku kata.
* Terus feeling-feeling buat cerita win lose or draw versi melayu tuh zaman dulu tuh, yang buat bentuk bulat, " Idea keseluruhan" , lepas tu letak dua jari atas belakang lengan, "dua suku kata". ekeke..

Ok, berbalik kepada suku kata tadi.

MA - KAN. Cara untuk menterbalikkan perkataan itu yelah, dengan menggantikan huruf pertama suku kata kedua kepada huruf pertama suku kata pertama, vice versa.

Contoh : Cakap terbalik ma-kan ialah : KA - MAN. Lihat ya, adik-adik, dengan magicnya huruf itu telah ditonggang terbalikkan.

Makincek buat ayat penuh yaa, " SA-YA SU-KA MA-KAN NA-SI" Bila diterbalikkan, jadi, "YASA KUSA KAMAN SANI"..Ada paham kaluuu?
Itu baru basic, ada lagi peraturan lain. Perlu diingat ya, bahawa perkataan yang diterbalikkan hanya untuk kata kerja, atau kata nama yang tiada imbuhan. Eyceh, macam cekgu BM kan? Kalau ada imbuhan, huruf tak perlu diterbalikkan disuku kata pertama itu. Contohnya kalau kita tulis , "MEMAKAN NASI" , dia akan jadi "MEKAMAN SANI", atau "BERLARI" akan jadi , "BER-RALI". Ingat, kita sentiasa tak mau kacau imbuhan ya..
Dan juga peraturan lain, jikalau sekiranya suku kata kedua ayat tersebut bermula dengan huruf vokal, huruf kedua suku kata pertama itu yang ditukargantikan dengan huruf pertama sukukata pertama.
Contoh, : BU-ANG akan jadi U-BANG. Ayat, " Pergi buang sampah!" menjadi, "Gerpi Ubang Pamsah!"

Contoh seterusnya, kalau permulaan perkataan ialah hurug "ng" , seperti ngadap, ngapdet, huruf pertama suku kata kedua itu akan digantikan dengan dua huruf "ng" di suku kata pertama itu yach.
Contoh ayat: "Mari ngapdet blog" akan jadi, "Rami dapnget blog"


Senang je, ok ? Ada soalan?

Untuk kerja rumah latih tubi hari ini, sila translatekan ayat yang makincek tulis ni. Jawapan pertama yang betul akan menerima air stabak pilihan hati anda sendrik..huhuhu..(Utk sorang je, sebab makincek poket yillek)

Ayatnya berbunyi begini:

"Yasa memang dakte jeke ubat jerka murah ni. Pamheh tebul la. Nyabak jeke aku nak ubat radi ubat denme denme liga ni. Roang remeng je yang gangsup kiut kacap mak cin'ek nih. Paktelah, nanti padat lebanja tesabak...ekekekeke"

Sekian. Tengkiyu.

3 comments:

spark2990 said...

Daa gujak waak lasah lutis tiu..

Anonymous said...

Kalau perkataan kau, Jadi "Ka-au" kan???

Anonymous said...

ko'o..