Tahun Baru. Semua mesti baru. Orang beli radio baru, dia mau radio baru, orang mau kerusi baru, dia mau kerusi baru.
Cakap pasal tahun baru je, mesti orang cerita pasal azam baru. Mulalah nak mengira-ngira dan memikir-mikir tentang azam baru. Semangat berkobar-kobar dan membara. Terutamanya satu jenis azam ni, tiap-tiap tahun, berbillion billion umat mesti ada azam ni. Akhir tahun dan awal tahun macam inilah, kedai kedai alatan fitness, atau kelab kelab fitness akan untung besar. Sale bulan 12 dan bulan 1 naik mencanak-canak. Video tape fitness pun hampir sold out. Ekekeke. *Kang lebam aku sebab ada yang terasa ni kang...Lareyyyyyyyy!!*
Tapi, bagi aku, tahun baru ni ialah tahun memperbaharui apa yang lama. Turunkan kalendar lama, naikkan kalendar baru, perbaharui hubungan dan kasih sayang sesama keluarga, sobat(sahabat) hatta musuh sejati pun. Belajar memaafkan dan meneruskan perjalanan. Tinggalkan perkara yang buruk, dan teruskan dengan hidup yang baru dan lebih baik. Melupakan perkara yang lama, mungkin tidak , cuma jadikan pedoman dan ingatan kerana memori itu adalah amat berharga, boleh dijadikan tempat kita tersenyum sejenak, ataupun jika yang buruk, akan memberi peringatan dan pedoman untuk kita, walau sepahit mana jua.
Tahun ini bagi aku, bukan untuk diri aku saja, akan aku bina jalan yang lebih cantik untuk orang-orang disekelilingku yang sangat aku sayangi dan sangat aku ambil berat. Memberi kasih sayang dan pelajaran yang terbaik, memberi sepenuh perhatian untuk anak-anakku. Memberikan flying kiss di angin lalu untuk suamiku, menanamkan sedalam-dalamnya kasih dan cintaku padanya, menjaga diriku dengan lebih baik, agar tidak mengecewakannya. Untuk kedua ibu bapaku dan kedua ibu bapa mertuaku, setiap tahun akan bertambah umur mereka, semakin lemah badan mereka, semakin sensitif mereka, semakin suntuk masa untuk bersama mereka, akanku cuba sedaya upaya untuk lebih mengambil berat tentang mereka, lebih banyak menjenguk mereka, paling tidak, lebih kerap bertanya khabar berita. Tentang pekerjaan, akan kutanamkan minat yang mendalam, kalau tak datang jugak minat tu, aku buat benda lain yang aku minat, kan? Untuk kawan-kawanku, yang jauh dimata dekat dihati , kerana kesibukan kerja dan kehidupan sendiri, adakalanya terlalai diri ini untuk memberikan perhatian sepatutnya dan sejujurnya, akan kucuba untuk mengewokzkan diri ini dikala ada kesempatan.ekeke.
Apala entry jiwang kan? Entahlah, tahun lepas ialah tahun yang menguji, dari pelbagai aspek, keluarga,berjauhan,kehilangan,kebenaran. Ada pelbagai fasa-fasa peralihan berlaku, kadangkala kekosongan, kadangkala terlalu sarat, kadangkala kembali ke zaman lampau, kadangkala terlalai, dan akhirnya, Alhamdulillah, berjaya berpijak ke bumi, ujian-ujian itu aku faham sekarang, menjadikan aku lebih faham tentang kekuatan diri. Aku tak pernah menyesal tentang segala apa yang telah terjadi, walau buruk atau baik sekalipun. Yang pasti, aku tau aku lebih fokus tentang apa yang aku inginkan di dunia dan akhirat. Tetiba terasa aku dalam macam citer Simpsons tuh, when the boob lady tells him to reach epiphany. Ekeke.."Dan macam biasa,aku pun mula-mula tak tau jawapan, macam Simpson jugak,bila dia cakap, "Banana is an excellent source of potassium!"Pastu kena lempang sebijik..Dia cakap menda lain lagi lepas tu"America will never embrace soccer!" Kena lempang lagi. Ekekekeke..
Last-last baru dapat,aku suka part dia cakap nih: "That was the most incredible experience of my life! And now, to find my family, save my town, and drop ten pounds!"Ekeke, sempat lagi masukkan turunkan berat badan tuh, walaupun sikit bebeno.Opps, teralit citer Simpsons lak.
But then again, it's new year, the enthusiasm , optimism and hope for the new year is still very strong. Definitely it will fade away in the next few days, weeks. That's why I know I must focus on the only thing that matters most. And do it gradually, so I won't be running out of steam. That way, I will stick to it and turn it into a habit.
Happy New Year Everyone!
No comments:
Post a Comment