Friday, April 16, 2010

Pending Post

Permintaan untuk post ni dari seorang Ijipwan dah lama aku pending-pendingkan.

Aku mana ada tips sangat nak ceraikan botol susu bagai, pampers bagai nih. Tapi, bolehlah dikongsi pengalaman makincek ni yer.

Untuk pampers, Cik Mira n Encik Epan tak pakai pampers sejak umur 3 tahun lebih gitu. Jimat duit pampers aku, kan.

Tips tips nya yelah. Jeng jeng jeng...

1. Jangan pakaikan pampers. * Duuhhh*
Ok, bila masanya taknak pakaikan ini? Macamana nak start? Cam biasala jugak, sesuatu perubahan itu kalau nak berlaku, kena pelan pelan kayuh..Ekeke. Man man lor.
Mula-mula kita terai semasa hujung minggu. Itupun sebab time tu je aku jaga anak full time. Lain hari , kerja maa..

So, masa hujung minggu, ketika waktu siang sahaja, bukakan pampers itu. Biarkan anak anda berlari riang "freely" without pampers yang mengekang diri. Lepas tu, bagilah kata-kata encouragement, "Bes kan tak pakai pampers? Angin masuk keluar nyamann je.."Hahaha. Tapi,awas , anak anda mungkin tak paham. Ketika mereka tidak memakai pampers itu, haruslah berjaga-jaga, kerana bila bila masa saja dia akan *cuuurrrr*.

So, sebelum diaorg wiwi itu, silalah bawak budak budak tu duduk kat toilet. Potty training la gitu. Pes time memang la dia duduk lama pun tak wiwi. Bila dia lari keluar tu, elokk le pulak terus terbabas. Awas lagi untuk ibuk ibuk, Di tempoh percubaan ini, banyakla kali anda akan kena mengemop lantai, membasuh cadar, membasuh kusyen, tilam dsb. Sabarr ya, sebab itu semua laki yang basuh..hahaha. Taklah..Acah mak enon. Maid kan ada, kasikla dia basuh, kan. Kalau takde, ko tanggung sendrilah kan. Itulah harganya sehelai pampers ya tuan tuan dan puan puan semua.

Sejam sekali, atau dua jam sekali, ko ajak masuk toilet. Kalau takde keluar jugak, sejam lagi ajak masuk toilet. Time ni nasib. Adakalanya korang dapat jugak suruh dia wiwi, adakalanya tak dapat. Yang penting, konsisten. Ekeke. Korang kena tak jemu jemu ajak masuk toilet, curah curah air kat kaki dia, urut belakang pinggang dia, atau korang tekan je sikit kat area pundi kencing dia. Kasik galakan membina.

Tapi ingat ya, mula mula buat masa siang je. Malam, memang terbabas punya. Korang sanggup ke basuh tilam, cadar tetiap hari? Tidak, bukan?

So, bila budak tu dah terbiasa buang air, dapat tahan kencing, dapat lepaskan bila perlu, baru kita pergi ke next step. Berapa lama untuk sampai stage 2? Takleh nak pastikan sebab ni terpulang kepada individu. Yang penting Stage 1 iaitu anak-anak harus dapat kuasai control kepada pembuangan itu. Buang air kecik ya dulu, yang besau tu, korang tau dah, agak-agak muka lain macam, dan start sakit perut ke, kita taulah, tak lama lagi nak terbabom la itu kan. Sama jugak, kita kena ajar anak-anak ni utk mengenal No1 and No2 yang mana. Biasanya No 1 yang susah nak tahan. No 2 ni tanda tanda awal ada. So, lagi sekali, untuk Stage 1, hanya bukak pampers time dia berjaga. Kalau dia tido siang pun, pakaikanlah dulu, ok?

So, beralih ke Stage 2 , iaitu "COMPLETELY PAMPERS FREE". Ini yang paling mencabar tuan-tuan. Mencabar tahap kebasuhan harian tilam dan bantal dan cadar.

Untuk ini, katakan, dia dah paham cemana nak buang air, cemana nak tahan , kan. Sebelum tidur itu, pastikan dia buang air terlebih dahulu. "Mama, takde air keluar!" Kalau itu kata-kata dia,jangan percaya. Tunggu lagi sekejap, sampai berjaya keuarkan. Ok? Kemdian, tidurlah seperti biasa. Time aku dulu, aku punyalah nak protect tilam, memang aku beli plastik. Coverkan tilam tu. Koser aku kalau air dah meresap masuk tilam. Satu lagi, kita tidurkan anak kat tilam yang nipis tu je. Toto tu. Kalau nak tido atas tilam tebal, pakaikan pampers jugak. Untuk ketahanan tilam yang lebih lama lah. Kang, kejap je peta peta topo keluar, busuk lagi, belum masuk kuman lagi.

Satu lagi tips dari pemerhatian akulah. Anak-anak ni start kencing pada waktu awal pagi. Tengah malam, jaraaang kencingnya, kecuali malam tu aircon sejuk sangat, atau lupa nak abiskan kencing sebelum tido, or minum banyak sangat. SO, make sure aircon jgn sejuk sangat time tido ye, kang terbabas budak tu.

Disebabkan budak tido ni kencing awal pagi, time kita bangun subuh tu, nak tak nak kejutkan jugak budak tu sekali, suruh kencing. Kalau anak korang bangsa bangun 7-8-9 pagi, tak dapek nak nolong dek non. Mesti terkonceng jugak. Ingat ya, masa awal-awal tu kena jugak kejut. Kalau dia dah biasa tak terkencing time tido, barulah kalau dia nak bangun pukul 8 ka, 9 ka, ok je.

So, itulah dia sikit tips dari makincek. Sekian, selamat mengamalkan dan selamat membasuh cadar!

No comments: