Argentina Vs Korea. (4-1)
Perlawanan yang sangat menarik tertarik u ols. Tetapi juga, satu perlawanan yang berbelah bahagi. Selalunya, mek akan sokong Argentina tanpa berbelah bahagi..Kemdian, mek juga sokong Korea tanpa berbelah bahagi. Tapi, bila dua-dua lawan, terus berbelah bahagi. Adakah aku akan lebih pilih "In HD" *sambil senyum dan angkat satu jari* ataupun anyeonghaseyo.
Ish, lantaklah.Tengok jela siapa-siapa pun yang menang, mek suka. Dahle Cik Epan pun mek belikan baju Argentina No 10. dan Cik Mira pun ada jersey gak, tapi dia pilih sendiri, jersey Spain. Boleh tak aku nak speku, sebab baju ni pilihan anak aku sendiri, final nanti Argentina lawan Spain? Tapi, kalau Spain main macam aritu, haiyoh, takut I olz.Macam takde peluang jer. Memang kerek betul, dia fikir dia complacent sangt le tuh, group dia takde team team glemer power. Amik ko.
Macam la jugak semalam, Argentina. Ingat dah nak abis half time, main pun macam malas je, leka! Masuk jugak sejibik, kan? Chung Yong, nasib baik masuk. Kalau tak, bikin malu je. Bravo disitu.
Aku suka betul game malam tadi, walaupun memang nampak kesuperioran Argentina, Korea kecik-kecik pun, melawannn. Aja-aja fighting betul Korean tuh.
Pastu, nampak sangat, Korea mark Messi jer. Asal Messi bawak bola je, satu team Korea jaga/tutup dia.. Hahaha, macamano nak score. Tapi, bila semua orang jaga Messi, striker yg lain camno? Haaa, aku tengok goal-goal Higuain (berbelit lidah teman mau menyebutnya) , nampak sangat, dia free, cam takde org jaga.
Hahaha, Korean ni lawan dengan Messi sorang jeke?
Pilihan Striker terbaik Cik Uci - Park Chu-Yong. Hampeh betul taw. Hahahaha. Mementang ler dia menggolkan sendiri dengan cantiknya dan beri mata 1 gol kepada Argentina.. Tapi, Park Chu Yong tu kendo jugak , kan? Ekekeke. Ya tuan tuan dan puan puan, sambil menengok bola, sambil cuci mata lah.
Park Chu Yong selepas menjaringkan gol utk Argentina.Ekekeke..
Apapun tahniah kepada Gonzalo Higuain kerana menyempurnakan hat trick pertama musim Werl Kap ini. Abisla ko, kena mark jugak macam Messi untuk game lain.
Untuk Korea, takpe, ini hari hari dia. Cuba lagi di lain kali.
No comments:
Post a Comment