Tuesday, June 22, 2010

Lagu dalam kepala.

Korang pernah tak, sesekala, tetiba, lepas dengar satu lagu tu, lagu tu dok mengulang sendiri dalam kepala, sampai jadik annoying gitu? Tak mahu berentinya, tensen kepala jadinya.

Yang peliknya, perkara ni berlaku masa dulu-dulu je. Sekarang ni, dah jarang beno rasanya. Adakah kerna aku semakin tua? Adakah kerna aku mengalami brain drain , makin pelupa, otak tak rajin macam dulu, ataupun, mungkin juga perlulah aku isikan dengan zikir yang lebih afdhol, kan?

Tapi, sebnarnya, otak aku ni pun ada 2 benda yang sokmo melekat dalam kepala, satunya, dialog p ramlee, the other one, lagu lagu lama masa kecik dulu.

Contoh P Ramlee, toksah cakaplah, sepanjang aku tulis blog nih, yang perasan, sure tau dialog mana yang aku pakai. Alah, yang begitu begitu itu..

Satu lagi lagu, contoh plak, kalau lama sangat tunggu something tuh, otak akan nyanyi, "berrapaa lama , harus ku tunggu, lontaraaan suaraa dari bibirmu",


Ataupun, paling tak tahan, kalau aku masuk toilet yang berbau cam tungik *mintak nyawaa...* , yaitu selepas orang mendispose apa-apa bahan buangan yang perlu didispose itew, dan tidak kelihatan orang pun dalam toilet tuh, otak aku start nyanyi,
" Aku selalu..memikirkannya..siapa dia ..sebelum daku..." Ceh.

Poyo pulak mamat dalam klip video nih..ekeke..

Busukla makincek nih..., kata Jang Geun buSuk.

p/s: sori utk entri bodo dan busuk kali ni. ekeke. nasib koranglah, ek?

No comments: