Monday, July 12, 2010
Viva Espana and Congratulations, Forlan!
Akhirnya.
Terbukti jua.
Juara Bola Sepak Donia.
Espana, adik beradik Screw Dreba.
Pertahanan ketat, susah nak terjah.
Perlawanan hangat, melayang-layang kad kuning dan merah.
Minit kelima, Sergio Ramos menanduk ke gawang, tapi ditahan, Jebat oleh Maarten Stekelenburg.
Dirk Kuyt pula membalas, dengan tendangan diluar kotak penalti, tapi, hambar.
Minit ke 11, Ramos kembali mengganas di depan pintu gol, tapi ditahan pula oleh John Heitinga.
David Villa pula datang cuba merobek gawang, pun kesasaran.
Belanda mula rasa tertekan, pemain Espana terus diasak bertubi-tubi dengan agresifnya, bak buldozer yang melanggar apa saja penghalang. Ganas ko , Belanda.
Akhirnya, dapat tendangan percuma , malangnya Wesley Sneijder tidak dapat melunaskan hajat Belanda dan bola ditawan oleh Casillas.
Perlawanan berterusan lagi, kali ni lebih ganas, kad -kad kuning mula melayang-layang. (Takde sesapa ke boleh curik kad kuning tu dari tangan penalti macam citer Shaolin Soccer? ekeke)
Cobaan demi cobaan oleh Belanda ditepis oleh Casillas. Babak pertama, masih tanpa jaringan.
Babak ke dua, minit ke 48 , hampir lagi Capdevilla mendapatkan gol jika kakinya boleh jadi lebih panjang macam plasticman.
Belanda melawan pada minit ke 52, dengan kali ini Robben menendang dengan power bola dari jarak jauh, tapi kesasaran.
Minit 62, Robben hampir lagi menjaringkan gol yang digelecek cantik, tapi bola ditampan oleh ketampanan Casillas hingga keluar.ekeke.
Seterusnya, David Villa pula mengancam gawang Belanda, tetapi berjaya diblok pula oleh Heitinga. Oiii.. Bila mau gol laaaaa..
Belanda menchoba lagi, dari Robben, hingga Van Persie membolosi gol Spain, tapi chobaan masih tetap chobaaaaan...
Hingga tamat babak kedua.
Terpaksa bersambung ke babak tambahan. Babak tambahan pertama, tetap tiada jaringan. Frustasi mula terlihat. Babak tambahan kedua, Heitinga yang cemerlang memblok bola, dikenakan kad kuning lagi kerana melanggar Iniesta, seterusnya dibuang padang. Kepercayaan dan kekonfidenan Belanda kian pudar akibat kejadian tersebut.
Tetapi, kerana perjuangan masih perlu diteruskan, Belanda terus bertahan. Malang bagi Belanda pada minit ke 116, Iniesta menjadi wira Espana dengan tendangan volley yang chantek melalui umpanan Cecs Fabregas.
Spain menjadi juara piala dunia 2010. Sepertimana ramalan Cik Mira. Sebab dia pilih jersey spain masa awal-awal game dulu. Cayolah Mira.
Diego Forlan, sungguh-sungguh layak mendapat Anugerah Golden Ball. All eyes switched to Atletico Madrid lepas nih. Masa ko main dengan Man U tak pulak ko gedebas macam nih , eh Forlan..
Pandanglah lihatlah, tiru macam sayaaa..
Labels:
bola
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment