Thursday, August 19, 2010

Lauk mudah untuk berbuka puasa atau bersahur?

Readers Beware! Siapa yang tak tahan godaan, sila pergi tengok blog orang lain. :-)

Mempersembahkan , tuan-tuan dan puan-puan, Potato Tortilla La Bamba.

Adalah sangat enteng membuatnya. Dan rasanya lezaat sekali.

Tortilla ini bukannya species tortilla di Mexico nu, sebab di Mexico , tortilla tu adalah sejenis roti pita gitu. Ini tortilla versi Espana , iaitu sejenis telur dadar yach.

Mula-mula , sediakanlah bahan-bahan dulu, kopeklah kentang , kopek bawang.
Kentang itu kemdiannya dihiris nipis , dan ditaburkan dengan garam secukup rasa dan secukup bedal ya.

Kemudian, panaskan minyak ( minyak masak ya, bukan minyak kelapa dara ) di dalam kuali leper tak melekat. Untuk lebih sihat, gunakanlah minyak zaitun terlebih dara ya.( Extra virgin Olive Oil) . Saya guna minyak masak biasa mak dara je. Banyak no dara, ye cik bedah..


Sesambil menunggu kentang itu masak kuning-kuning keemasan, ada lebih baik kita hiris-hiriskan bawang, lada hijau dan tomato ya ibuk-ibuk. Inilah namanya time management ya. Kalau kita siap-siapkan bahan-bahan dulu, nak potong-memotong tu je, dah mengambil masa 5-10 menit. Kalau kita ada time management, kita start dulu ngan kentang, sebab nak goreng , kan? Potong kentang je dulu, bila kentang dah masuk atas kuali, amik masa tu untuk potong bawang pulak. Haa, kan jimat masa tu. * Din,,,, din...., air din*




Selepas kentang siap digoreng, gorengkan pula bawang. Ini sebenarnya optional ya, kalau nak goreng boleh, tak goreng pun boleh. Tapi, untuk rasa yang lebih umph dan kureng menyihatkan memangle goreng pun sodap. Oh ya, kentang tu, pastikan kita toskan minyaknya, letakle atas tisu yang serap minyak tuh, sebab kentang ni menyerap minyak , kang bila masuk lam telur rasa terlebih minyak pulak.


Whisk the eggs, campurkan lepas tu, cheese tadi, apa-apa cheese pun boleh pakai, bedal je, jangan pakai cisweges sudahlah..Campurkan jugak lada sulah, garam sikit, bawang dan kentang yang dah digoreng tadi.


Terus aja terjunkan kedalam kuali tak melekat itu tadi. Lepas diterjunkan, barulah kita susunkan lada hijau dan tomato yang dihiris tadi. La, mana pulak gambonya, aku lupa nak amik. Sayang betul, sebab bila kita letak cili ijo n tomato atas tu, cantik sungguh pemandangannya.


Ingat ya, bila telur ni dah atas api, kecikkan sikit apinya, lepas tu kuap terbalik lentangkan campuran telur tadi. Time ni skill kena bagus, kalau tak berkechaii semua. Huhu. Cara paling senang, amik pinggan leper, tutupkan pinggan tu atas kuali,  terlangkupkan kuali tadi, supaya semua isinya transfer ke atas pinggan tuh, so, bahagian yang lembik tu kat dasar pinggan pulak, kan, lepas tu, slidekan je balik masuk dalam kuali. Sure tak berkecai. Tapi, kalau korang terer macam Chep Wan, korang lambungkan je isi omelet tu, melayang dan masuk semula dalam kuali, pergh..

Ginilah ghopenyer bila dah siap. Toksah lama sangat campuran tu atas api, sebab kentang semua dah memang sedia dah masak pun sebab goreng awal-awal tadi, kan. Enak dimakan begitu saja ketika panas-panas. Ada masam, pedas, ada manis-manis kentang nya, suungguh sedap. Nak lagi power, instead of lada besar tu, masukkan sekali cili api. Berasap gitu. Oh ya, masakan ni untuk tekak sorang je, kalau nak lebih sikit, lebihkanlah tulurnya dan bahan-bahan lainnya, ekjasla sendiri. Selamat mencuba, kenang daku dalam tortillamu!

p/s: Ada yang terkecur ayo lior tak?

No comments: