Sunday, August 1, 2010

Tips Memukabuku

Hari ini, dalam paper NST ada tulis tentang FAD ( Facebook Addiction Disorder). Berapa ramai agaknya diluar sana yang mengalami keadaan ini, dan juga berapa banyak insiden berlaku, yang tak puas hati, laki bini bergaduh, anak masam muka, etc.

Kalau tidak, masakan ada deklamasi sebeginik dong. Ini sajak mesti bapak dia tulis nih. Ooo..kalau korang main PSP, main PS3 , lepak kat mamak lama-lama , main blackberry tak pulak ibu-ibu ni buat sajak bagai..ekeke.

Melihat keadaan tersebut, makincek terpanggil untuk mememberikan beberapa tips yang berguna supaya anda dapat melarikan diri dari facebook. Sebentar saja, bukan selamanya..

1. Tiap-tiap hari, asal bangun tido je, mesti nak check facebook. Nak tengok status oranglah, status kita malam tadi, berapa orang komen lah, nak tengok notification lah kan? Bizi bodi alaf baru betul anda semua ini. (Sambil menunding jari ke diri sendiri jugak)

Saya ingin saja buat cadangan kepada Facebook, as part of their community service, iaitu membenarkan setiap orang memilih satu hari public holiday facebook. Di hari itu, anda tidak akan dapat log in facebook sebab kena block. Kena tunggu satu hari baru facebook tidak akan diblock. Pilihlah, seminggu sekali ke, sebulan 2 kali ke, ikut suka korang. Pilih tarikh supaya tak clash dengan birthday yang tercayang..huhu. So, pada hari itu, walaupun betapa gatalnya tangan korang nak tengok FB , anda takkan dapat masuk u ols..
FB :-Hari ini hari Sabtu, setengah hari,esok hari Ahad, public holiday, kalau ente nak masuk FB jugak,hari Isnin bolehlahh. FAD Man- Kalau tuan tak mau kasik bukak itu facebook, ana carik lain social networking site! FB : Kalau ente carik lain site, sellluruh Social networking site akan mengambil tinndakan.

2. Yang keduanya, tips ini makincek mendapat ilham akibat membuat kek lapis yang pertama dan selamanya tempoh hari. Apa kata, pilih hari untuk buat kek lapis. U ols duduk jela kat dapur, melapis demi selapis, cukuran demi cukuran..Lepas siap, dua jam dah berlalu, dan badan akan jadi lerrrtih sangat. Takde selera terus nak tengok facebook terus bum, tido. Tapi, cara ini mungkin tidak berapa seswai kerna kang ada je yang sibuk nak FB jugak, sebab nak tunggu kek masak tu lama.

3. Jika anda ada pasangan, mintak tolong dalam satu hari, pasangkan pasword kat komputer, atau tukar password FB supaya anda tak leh login. Walaupun anda merayu , nangis guling-guling nak mintak password tu, pasangan itu mestilah membuat mukabodo. Lebih effective, anda beri undang-undang "tidur di kandang kuda" kepada suami/isteri anda selama seminggu jika diaorg degil gak.

4. Kalau korang bermukabuku di ofis, korang hangkut kerusi meja korang , duduk depan boss, ataupun pusingkan komputer anda mengadap org dan boss lalu lalang. Mesti korang segan nak bukak mukabuku.Huhu..

5. Jemput kekawan datang rumah, insted of berborak lam mukabuku, korang leh berborak mukakemuka.Korang pun malas nak keluar kan? Lagi malas, suruh member datang bawak makanan(buat potluck).

6. Last but not least, tips ini adalah tips terbesar dalam semua tips-tips. Keadaan ini terlalu ekstrim sampai menda lain pon korang takleh buat.(Khas untuk yang melayari FB di rumah saja) Jangan bayar bil letrik atau bill stimix selama dua tiga bulan, sampai api dan talian kena potong. Gerenti terngango yolah korang dopan komputer. Awas : Kaedah ini mungkin backfire sebab korang boleh hangkut laptop ke tempat yang ada free wifi.

Sekian tips kali ini, semoga berjayaaa dan selamat beramall!

No comments: