Tuesday, September 21, 2010

Insiden tudung berbumbung dihari raya..

Raya nih mestii ramai yang menggayakan pesen tudung berbumbung ini kan..

Gambar dicilok secara terus daripada http://mysaraboutiqueheadscarf.blogspot.com Kat sini yelah pembekal tudung berbumbung gue. Sila mampir yach. Memang elok buatannya, dan sangatlah cantik memakainya.

Yang bes, siap boleh buat maintenance u ols. Kalau bumbung tu patah, boleh hantar balik kat dia, dia tukarkan awning tuh, rega 10 hengget sajork. Mana kedai lain bagi cenggitu, kan? Kalau abis patah sebab tersilap basuh ka, anak-anak terpijak ka,laki terduduk ka, korang tengok jelah. Nak hantar kedai mana nak betulkan pun tatau...

Eh, dah jadi iklan la pullok..Hehe.

Ha, berbalik kepada topik perbincangan kita pada hari ini, iaitu, tudung berbumbung di hari raya.

Dahle nak bawak balik tudung tu satu hal, kome kena letak elok-elok dalam beg kertas or, macam aku, kena pakai container plastik yang dulu anak aku masa baby pakai, supaya bumbung tak patah or kemek. Hehe..

Lepas tu,ko rasa pagi raya tu ko pakai cantikkk je kan, terasa ayu dan bersopan gitew, tanpa perlu mengiron tudung anda, bukan? Kalau nak beraya ke rumah sanak-saudara atau jiran tetangga tak payah risau panas atau ujan, anda sentiasa dilindungi. Haha.

Tetapi, bila masuk bab sessi drama swasta bermaaf-maafan di pagi raya, time tu ko baruu tauk betapa tensennya mak pak korang, ataupun Cik Uci sebab bila kita salam kan, nak cium tangan bagai, lepas tu tangan dema semua kena bumbung tudung yang keras itu. Hahaha.

Nak feeling-feeling bagai pun tak lalu. Kalau ko ada anak pompuan satu yang pakai bumbung tu takpela, kalau 5-6 orang? Termasuk cucu? Hahaha. Tangan sakit kena bumbung kitaorang. Yang mintak mahap dengan bumbung keras ni pun tak selesa. Nak ekjas ekjas kepala supaya bumbung tak penyek.

Apakah artinya raya begitu kan? Kenala kome tukau balik tudung bawal, senang nak salam cium tangan , laga-laga pipi. Takle berlaga bumbung.

Korang yang bertudung bumbung alami jugak tak keadaan ini?Huhuhu...


Tata titi tutu ,

13 comments:

Anonymous said...

uhh aku tade masalah kena bumbung ni bagai sebab aku tarik tangan dorang direct kat idung hahahaha so kita takdelah tunduk sangat kan???

Elf said...

Bagus..bagus..strategi yang baik..ekeke..

Anonymous said...

eh sorry, yang anon tu aku ler hehehe...

BTW, suka layout baru ni.. Tak yah tunggu lama nak bukak blog. Initial tu pun kiut jer :-D

-Ijip-

Along said...

Hahahah..takde plak masalah nak bersalam or berlaga pipi time raya aritu. Ntah..maybe kot ada yg tercucuk tudung berbumbung ku...tak plak perasan. Sekarang ni kan fesyen tudung syria, Along nak pakai jugak..tapi cik abg kata muka jadi macam kelakar. Demm..terus cancel.

Lepas ni nak laga2 dia ngan tudung berbumbungku selalu...hehehe

Elf said...

Tudung syria tak sesuai gak utk aku, dahle muka penyet. Terus penyek je nampak..ekekeke..

ted said...

arkk aku nampak semalam ko pakai tudung berbumbung kaler brown berbunga merah hati..fewwitt!! situ la gak tempat aku beli tudung idaman, ahaks cayalah makencik ropernye ko pun beli situ gaks.

zaman skang ni mcm ala2 dah malas nak gosok tudung bawal okeys. masalah masa bermaafan? tadek pun...ok je

Elf said...

ted, hahaha..tulah, semalam nampak ko seimbas lalu jek..Sebab tengah berjuicygosipan dengan member opis..Jadik MD ko, walhal baru je dapat E17..Rezeki dia...

Tapi, apapun, Ramli Sarip rocksss!!!!Sikit baik je aku bersopan, takleh terkinja-kinja depan stage..hahaha

Elf said...

Err..Satu lagi, perasan tak, muka awek tu macam ko, Ted?

Kalau ko bersolek bagai mesti jadik muka cenggini, kan?

Huhuhu..

ted said...

woah, terror member ko. ramli sarip mmg terbaek, pastu last lagu tu aku rasa session lagu last tu paling mahal hehe bukan senang nak dapat top gun naik pentas nyanyi wooo.

aku kenal minah dlm gambar exhibit ni, adik brader yg jual tudung tuh la hehe. eisk manader muka aku cun mcm dia..keturunan sharifah tu beb. nak mekap camni, basuh muka 3x tak habis kuar foundation lagi, tak larats ai.

waiem said...

Belum penah try...raya tahun ni aku serabai tak bermaya nak raya pakai tudung vogue2 mcm ni apatah lagi nak berposing bermata bundar mcm cik kak dalam gambo tu...hehehe

Elf said...

Sah..Bawak pompuang..

Ijip said...

wahh besnya pompuang...

waiem said...

Nak yg ada burung...burung pakai tarbus...hehehe