Kalau bab-bab bagitau mana jalan nak amik, camne nak pergi ke satu-satu tempat tu, aku rasa orang yang paling detail akan bagi direction yelah Cik Uci.
Kalau aku, aku akan cakap, "belok kanan , masuk simpang kedua, belok kiri kat simpang no tiga, terus, cari no sekian-sekian".
Kalau Cik Uci, dia akan bagi sedetail camni : " You nampak simpang pertama, masuk kanan, kemudian jalan terus lagi, nampak satu simpang, jangan masuk situ. Nampak simpang satu lagi yang ada pokok pelam, baru masuk. "
Yang aku tak tahan tu, kalau agaknya kita kena masuk simpang yang ke empat, dia akan cakap cenggini,
Cik Uci : "Nampak simpang pertama : yang kecik je jalan dia?"
Aku : " Nampak"
Cik Uci : " Jangan masuk situ"
Aku : "Ok"
Cik Uci : " Sampai simpang seterusnya?"
Aku :"Dah dekat nampak simpang tu"
Cik Uci : "Jangan masuk situ. Nampak tak simpang yang ada rumah kaler biru?"
Aku , : Ha'ah. (dengan harapan ingatkan masuk ke simpang tu)"
Cik Uci : "Jangan masuk situ,"
Aku : Eiii berrrapa banyak jangan daa..
Cik Uci : Ha, nampak simpang lagi satu yang ada rumah ada pagar tinggi, masuk situ.
Dialog ni adalah exaggeration makincek saja, ekekeke...Nak bagi contohhh..
Gitulah detailnya Cik Uci tau. Pempuan GPS pun tak cakap camtu, dia bersuara bila dah dekat sampai simpang je..ekekeke..
Tapi, aku pun rasa , aku pun semalam dah macam terikut-ikut cam dia. Kawan aku nak cari kunci bilik meeting. Kunci tu dalam one of the drawers. Tapi, aku bagi instruction, " Ko nampak meja kan? Sebelah meja tu ada almari besi" Member aku cakap: "Iya, aku nampak" . Aku cakap lagi, " Bukan yang itu." "Sebelah depan dia pulak , ada almari kayu, yang pendek, ada dua drawer didepannya. Jangan bukak yang belah kiri, bukak belah kanan, dalam drawer tu ada kunci berlambak, cari yang ada tag bilik mesyuarat"
Tu dia.
Signing off ,
3 comments:
Heheheh...lawak lak cara Cik Uci bagi directions. Mesti org tersentap tiap kali dia sebut "JANGAN" tu. Hehehe..
My mom bagi directions lagi best. "Ambikkan ibu benda tu atas tu...ala, yang bentuk macam tu...kat kanan tu." Apakah?
tak leh imejin kalau cik uci bagi direction pi umah kawan dia yg dok kat umah teres, no 14 dari tepi.. hahhahaha
wah.. tak perlu susah2 beli GPS
kot pompuan GPS tu, dia balik akan2 sound 'please slow down'.. rasa macam nak hampuk je menatang GPS
Post a Comment