Wednesday, August 10, 2011

Ramadhan datang lagi.

Alhamdulillah, dikurniakan lagi masa dan kesempatan bertemu dengan Ramadhan tahun ini. Seperti tahun lepas, cik abe duduk nun jauh di seberang laut. Berbukalah bersama-sama dengan anak-anak sajork.

Tapi, tahun ini, datang satu semangat dan keazaman yang baru dan meluap-luap hingga melimpah u ols. Semangat nak makan masakan sendiri time berbuka. Syukurlah, setakat ini, duit tidak dihabiskan ke Param..Pam Pam Pam...Setakat nih, memang masak sendiri. Sedap tak sedap belakang kira, (tapi, ofkoslah sedap, sehingga menjilat siku, kan) Iya, jangan muntah ijo ye tuan tuan pemirsa di rumah, ni bulan poser. Huhu.

(Gambar sila tengok kat facebook ya..Yang takde facebook tu *jeling ijip* jangan mare..haha)

Sebenarnya, di bulan puasa ni, semangat bukan sahaja semangat memasak je yang dilebihkan, patutnya, semangat nak menambahkan amalan lah kan, sebab ketika ini, amalan pahala dapat berlipat lipat pat pat siku lipat kali ganda. Anda semua mau bonus, kan? Nah, ini bonusnya, kenapain enggak di grab inn? Makincek ni cakap pun ngingatkan diri sendiri jua. Takat ni baru je baca surah Baqarah je , camno nak perabih khatam Quran bulan posa nih?

Di bulan puasa inilah, even bau mulut kita juga diibaratkan seharum kasturi di akhirat kelak. Speaking of which, teringat Cik Uci pernah buat kat aku, " Awak nak bau harum kasturi tak?" Lalu dia menghembus nafas, "haaaaa" tepat ke depan muka makincek. Memang bau harum kasturi sungguh, marang kerapu kepunden.

Oleh itu, marilah kita sama sama membuat amalan sepanjang bulan puasa nih, dan semoga dapat mengharungi bulan ini dengan penuh kesabaran, dan keinsafan.

Signing off ,

3 comments:

Ijip said...

Huk aloh mana aci update kat facebook jer

Elf said...

Iyelah Ijip, nanti nanti aku apdetkan..hehehe

waiem said...

Cepat la Ijip bukak paceeebuk