Mak ai lamanya tak menulis. Berkurun lama, kurahsiakannn...
Kali ni nak cer skets tentang perjalanan ke UK last Oct. Sajaa laa nak kasik share pengalaman dan juga panduan , mana tau ada yang dok menggoogle " trip ke UK" ka, "Jalan-jalan ke UK ka", "tempat tinggal di London" ka, "Road Trip in UK" ka, dan sebagainya. Silalah teruskan baca ye, anak anak. Mak nak bukak cerita ni.
So, Sebelum Day 1 , opkos la kan the preparation to go. Jangan suka suka je ke pergi , lepas tu nganga kat sana. Lainlah, kalau pakai khidmat "tourist guide" , atau through travel agent ke apa. Memang goyang
Akak pergi sana sendirian berhad punya. # mainredah #tawakaltu'alallah. #sendriitinerary
Tiket ofkos dah beli lagi awal, but in my case, kitaorang beli bulan September . Kenapa travel in October? Sebab masa tu tengok skyscanner, tiket antara paling murah jatuh di tarikh dalam bulan Oktober. Plan asal memang nak pergi dalam bulan December ke gitu. Tapi, lepas difikirin, bulan 12 tu winter, siang pendek , malam golap, tak dan nak singgah banyak tempat..Plus, tiket bulan Oktober paling murah. takleh jadi men. Mesti kena bedal, men.
Akak travel dengan budak kecik dua orang , 5 tahun n 3 tahun, so takleh pilih flight yang ada transit. Flight transit yakitu stop n menyinggah ke tompek lain dulu sebelum ke London, FYI, memang ada yang lebih murah tiketnya. Akak pilih direct flight, perjalanan selama lebih kurang 13 jam lebih. Direct flight from KL ni ada 2 je. Either MAS or British Airways.
Disebabkan akak orang Malaysia dan tiket pun lebih murah lagi , sefamili kami menaiki MAS. Tiket paling murah time tu, depart at 10 am, sampai kalau waktu Malaysia pukul 11 malam kan..Tapi, kat London time dia beza, tolak 8 jam, so bila kita sampai , baru dalam pukul 3-4 petang gitchew.
So , back to preparation eh.
1. Cari tiket paling murah dan sesuai ngan date kita nak pergi..
2. Sediakan itinerary.
Bab 1 . Tiket , selesai.. Bab 2 ni amik masa sket. Sebabnya time tu lah kita nak merangka perjalanan. Kena fikir, nak pergi mana, dan nak naik apa.
Akak punya rule of thumb, sebab sefamili dengan bebudak plak tu, nak bawak susu, beg, stroller bagai, adalah tak praktikal untuk naik selain menyewa kereta.
Road trip kita kali ni bertemakan "Harry Potter" . Kenapa? Sebab banyakkk tempat yang dalam citer Harry Potter dan yang berkaitan dengannya kitaorang pergi kali ni...
Selepas bermesyuarat kelepak kelepuk ngan Cik Uci, diiringi kuasa veto dari den sendri, beginilah rupanya itinerary kitaorang.....
Takleh baca kalu, ikut jela cerita lepas ni. Hehehe..Tapi, yang penting, yang diplan lain, yang jadi ofkos la lain sket...Kita kan merancang..." Iyaaa...yang diketuk, si cantik manis, sekali yang keluar, si badak sumbu".
So, lepas kita cipta itinerary ni, barrru lah cari hotel mana , kereta mana nak sewa, etc.
Kitaorang cari kat booking.com ataupun airbnb. Kena agak agak gak, kadang, lain gambar hotel/homestay, sekali sampai, lain jadinya..hehehe..
Lepas tu, time ni Autumn...So, cuaca boleh jadi sejuk sejuk kuku , ataupun sejuk bedi, UK punya weather ni kadang sesuka ati gak, kadang kadang terselit hari yg sejukkk ya amat, ataupun hanya sejuk yang sedang sedang saja...
So , preparelah pakai yang sesuai yer. Kita sefamili, pakai balik baju baju sebelum ni, yang masih muat....
Till next update ...Taraaaa....
Signing off ,
2 comments:
yess i like it. please update in detail utk pedoman ahkak pulak nanti
Oittt...camno ko boleh terbaca ni. hahaha
Post a Comment