Mereka-mereka yang menaiki kenderaan sudah pastilah pernah mengalami situasi begini. Kadangkala, kita walau sesopan dan sesusilawatianpun ketika membawa kereta, ada kalanya kita akan melakukan kesilapan dan kecuaian sehingga menyebabkan driver di kereta Wira itu marah-marah. Jika driver itu merupakan seorang yang mengamalkan habit “Be Proactive”, nescaya dia akan buat dek je, tetapi mereka-mereka yang memerlukan Anger Management, pasti akan bertindak di luar akal.
Ketika ini berlaku, apa yang patut anda lakukan? Kali ni biar mak hincek nak cerita kat hadek-hadek semua apa yang perlu dilakukan di saat tegang seperti ini. Tips ini sesuai dijadikan teladan kepada Abang Sempoii yang baru pegang stereng kereta walaupun dah lama ada lesen.
1. Selepas melakukan kecuaian itu, mesti driver kereta Wira Sedan kaler dark grey bernombor plat W**2****(hamek ko detail) itu akan masuk kelorong kecemasan dan sondol-sondol kereta anda untuk overtake kereta anda semula. Biarkan saja lagak mereka itu, dan biarkan mereka memotong kereta anda.
2. Selepas itu, kemungkinan besar driver tadi akan berhenti di depan kereta anda , walaupun ditengah-tengah kesesakan jalanraya, sambil memusingkan kepala ke belakang, kearah anda sambil mulutnya kumat-kamit dan tangannya tak ubah seperti Karam Singh Walia membuat liputan. Ketika ini, anda mempunyai pilihan berikut.
a) Anda boleh angkat tangan symbol minta maaf kepada orang tadi.
b) Anda boleh memilih untuk buat muka bodo sambil tengok langit, sambil mengetuk2kan jari anda di dashboard kereta kerana menyampah dengan aksi meroyan yang ditunjukkan oleh driver itu.
c)Anda boleh membuat muka cun, sesambil battling eyelashes, tetapi, ini mungkin tidak akan memberi kesan jika driver tadi adalah seorang yang tidak berminat kepada perempuan cun. Ahaks..
3. Jika anda memilih pilihan a, driver itu mungkin akan berlalu pergi dengan senang hati. Tetapi awas, jika anda memilih pilihan b, anda mungkin akan menyebabkan darah driver itu go upstairs sebanyak 10 level.
4. Kemudian, driver itu tadi akan berhenti di depan kereta anda sahaja, tidak bergerak-gerak walaupun kereta dihadapannya telahpun lama berlalu pergi. Ini hanyalah untuk provoke anda pula supaya anda marah. Amalkan prinsip bermuka selamba, dan sekali lagi, janganlah kita pula memflash-flash driver kereta tadi balik.
5. Sehingga satu masa, dia akan berlalu pergi, tetapi anda masih dapat rasakan dia tidak puas hati lagi. Biarkan dia pergi dan anda hendaklah tidak menggerakkan kereta anda sehingga dia telah jauh melebihi 5 meter.
6. Melihat kereta anda tidak bergerak, driver yang masih tak puas hati lagi itu akan menghentikan keretanya dan reverse reverse keretanya kearah anda untuk menyakitkan hati anda juga. Sekali lagi, apa yang anda perlu lakukan ialah menunggu sambil mata mencari kesempatan untuk pindah ke lane sebelah di tengah-tengah kesesakan di Federal Highway itu u ols.
7. Apabila kereta anda tidak bergerak, kereta –kereta lain akan overtake kereta anda dan akan mengakibatkan anda dan kereta driver yang meroyan itu tadi berada berjauhan. Dan ketika itu, anda telah pun sampai ke simpang yang anda ingin pergi, dan apabila melihat simpang itu kosong, segeralah berdesuppp masuk ke simpang itu dengan tidak menoleh belakang lagi, supaya driver meroyan itu tadi tidak dapat mengejar anda.
8. Akan tetapi perlu diingat, tips ini tidak sesuai dipraktikkan jika driver tadi berhenti dan mengeluarkan steering lock dari kereta kearah kereta anda. Di ketika itu, anda hendaklah cepat meyusup kereta anda kesana sini melarikan diri dari org meroyan tersebut atau pergi kearah abang pols ganteng yang berdekatan.
Demkianlah tips mak hincek hari ni, jadik , berhati-hati di jalan raya yaa.. *Cantik kereta itu bukan? Macam Setan*
No comments:
Post a Comment