Puan-puan dan adik-adik, selamat datang semula ke tips bersama mak incek. Kali ini, makincek akan mengemukakan tips dan panduan berguna ketika melakukan salah satu aktiviti wajib didapur, yakitu mengopek bawang.
Sebelum itu ya adik-adik, kenapalah agaknya asal kopek bawang je, pedih mata, asal kopek bawang je pedih mata. Asal nangis je, buat alasan kopek bawang? Why? Why?Tell me, whyyy????*Sambil aksi over tepuk tepuk dada*
*Diploma hapa yang ko pakai, baru kopek bawang je dah terpekik-pekik*
Sebenarnya menurut kajian yang mak incek buat sesambil duduk menyongket kat dapor tu kan, sebenarnya ketika kita mengopek bawang, anda akan pasti memotong lapisan bawang, dan ini mengakibatkan sel-sel bawang ini terbuka, sel sel ini mengandungi enzim yang mana bila terputus sel ini, enzim-enzim ini akan terlepas, dan perkombinasiannya dengan beberapa bahan yang lain di dalam bawang, contohnya amino acid sulfoxides, akan menghasilkan asid sulfenik, yang kemudiannya juga akan menghasilkan suatu gas .
Bukan gas yang korang lepaskan tuh,ya. “Itu aromaterapi”, kata Deo.
So, pabila gas ini mengembara melalui udara dan sampai kemata anda, dia akan berinteraksi pula dengan air didalam mata anda. Bukan air mata laa..Korang punya mata kan lembap kan. So, reaksi kimia yang terhasil ada macam2, salah satunya Asid Sulfurik yang lemah, dan inilah yang menyebabkan mata pedih u ols.. Dan dalam mata kan ada ujung saraf, yang pergi ke otak, dan otak kata, nangissss nangisss. Sebenarnya dia suruh mata keluarkan lebih cecair utk mengurangkan rasa pedih itu. Itulah sebabnya tuan-tuan dan puan-puan..
So, jangan katala, orang resdung senang pedih mata bila potong bawang la, etc. Crappy crappy crap crap le tu.
Setelah mak incek teliti fenomena tersebut di atas, mak incek juga buat kajian tips2 untuk mengelakkan kepedihan itu.
Jadi, untuk mengelakkan puan-puan menangis di dapor siapa yang tahu itu kan, maka nah, mak incek kemukakan tips-tips yang berguna untuk kegunaan masa hadapan.
1. Kopek bawang di dalam air. Iya puan-puan, korang kasik terjunkan bawang yang belum berkopek tu dalam air, dan kemdian kopeklah bawang itu satu persatu di selang selikan dengan celupan2 dalam air. Menurut kajian mak incek lagi, gas yang terhasil itu, tidak sempat untuk bergerak melalui udara, tapi, telah pun larut dalam air tu, so, tidak perlulah risau mata akan pedih segala. Ini sangat sesuai dipraktikkan oleh anak2 dara ketika kenduri, atau ketika di rumah mertua ketika kenduri, yang mana tugas mengopek bawang secara besar-besaran hanya boleh dilakukan oleh orang yang kuat matanya saja. Sekarang, anda tidak perlu risau, anda akan dengan penuh kondifennya, mengopek bawang sambil buat muka kerek-tak-nangis-pun-kopek-bawang kepada para tamu dan yang mana akan menaikkan saham2 anda sebagai anak dara, dan sebagai menantu. Ahaks.
2. Jauhkan kepala anda daripada bawang sejauh mungkin. Ini ideal untuk yang mahu mengekalkan rahsia mengopek-bawang-tapi-tak-nangis tanpa nampak bantuan air dan sebagainya. Dengan menjauhkan kepala anda sejauh mungkin, (err..janganla pulak potong paler tu letak jejauh yek. ) , anda akan menyebabkan gas itu disperse sebelum sampai ke mata anda. Disperse tu bahsa melayu kata apa ek, tersesar kot..sesaran maksimum gitu. Jadik, campuran gas yang pedih itu tidak dapat sampai kemata anda, atau, kalau sampai pun, sungguh minimum. Tapi, perlu diingat anda perlu display muka cool anda itu, dan tidaklah cuba buat gerakan mengelak-ngelak kepala seperti Jackie Chan dengan harapan mengelakkan laluan gas tersebut.
3. Bernafas kuat melalui mulut. Bila bernafas, anda akan tarik dan hembus nafas, kan. Dengan menghembus nafas kuat , gas itu akan pergi kepada pengopek bawang di sebelah anda, dan dialah pulak akan menangis beriya-iya sementara anda mengopek dengan riang ria. Sesuai dipraktikkan oleh mereka yang mempunyai musuh ketat yang duduk mengopek bawang di sebelah anda.
4. Pakai goggles. Ingat, goggles, bukan google. Korang nak google hapa kopek bawang. Goggle nih, boleh kedapatan di kedai-kedai hardware berhampiran anda. Ini adalah tips paling ekstrim tapi, sure berjaya. Ini sesuai untuk penggemar-penggemar science fiction , yang mana anda akan kelihatan seperti Darth Vader memotong bawang.
Sekianlah tips2 di dapor bersama mak incek kali ini. Sehingga berjumpa lagi.. Daaaa!
No comments:
Post a Comment