Wednesday, September 19, 2007

Tips nak dekat raya

Sudah lama makincek tidak memberikan tip-tips yang berguna untuk dipraktikkan oleh pembaca blog mak incek yang budiman.

Raya pun dah dekat kan, (makincek! sedo diri sikit! Puasa baru seminggu!) mestilah ramai adik kakak makcik waima pakcik pun jua sibuk nak mengecat rumahlah, mengemas rumahlah, dan siap muncung2 mulut dengan suami/isteri sebab tak bagi beli perabut baru kan?

Jangan macam tu, pakai je apa yang ada. Niha, mek nak bagi tips nih macamana nak mengemas cantik rumah anda.

1. "Indoor plants can reduce fatigue, coughs, sore throats and other cold related illnesses by more than 30%." Bagus, kan? Ini bukan saya cakap, scientist mana tah cakap.

Kalau di rumah anda kedapatan pokok cenggini: atau yang lebih2 kurang cengginilah, mesti dah berhabuk daun-daun dia semua kan? Macamana nak menjadikannya berkilat dan memancar mancar? Senang je. Mula-mula, amik secawan susu. Susu kotak ka, susu segar ka. * Koboi mana minum susu? Diam! Aku lesing ko kang!* Jadik, setelah itu, ambillah kain dan celup dalam susu lalu bersihkanla daun itu dengan susu tersebut. Mesti punya berkilat2 merelip2 u ols daun tu, tak caya teraila. Tapi, awas, jika umah anda ada anak kucing, maka dia akan menjilat2lah daun itu ikut sukati dia u ols..Ya, pastikan anak kucing anda semua dikuarantinkan semasa aktiviti ini.

Yang keduanya, bunga2 plastik kat rumah tu mesti dah penuh dengan habuk, kan? Nak basuh, kena cabut keluar jambangan bunga tuh, nanti tak retile cocok balik. Camno? Lagi sekali, mudah je, korang ada tak hair dryer kat rumah? Kalau tak de, ko pinjamla jiran sebelah umah ko. Kalau takde jugak, pergi umah mana2 pengantin baru, mesti ada hair dryer…hahahahahha..

Ok, so, korang pakailah hairdryer ni untuk melayangkan habuk2 tu keluar. Berkesan u ols.. Mana yang melekat sangat tuh, korang tarikle keluar pakai tangan anda yang halus yang tulus , yang mulus yang kudus itu..

Itu jela dua petua yang mak incek tau. Cau cin cau!

No comments: