Wednesday, October 24, 2007
F1 oh F1...
Kimi Raikkonen arrived back in Europe as the 2007 F1 Drivers' Champion, claiming it is a "dream come true."Full Story: sini
Ganteng jugak tau Raikonnen ni u ols..At last, wayyyyy overdue nak menang world title si Raikonnen nih..
Akhirnya kan. Selepas racing meracing, drama mendrama, skandal menyandal, lawyer meloyar, bitching membitching, abis jugak F1 season paling bes aku rasa tahun nih.
Apa yang bes ko tanya? Meh aku kasik list.
1. Sebenarnya, aku sejak dua menjak tahun F1 nih rasa semakin hambar, walaupun aku gumbiralah Team Ferrari aku asik menang jek..Ahaks..Asik-asik muka sama je menang, team sama je menang. Ok takpe, layan jgk.
2. Tapi, tahun nih , tahun selepas Micheal Schumacher bersara, masa awal-awal, aku agak, Alonso sure gumbira pulakla, sebab dia ada can lebeh nak menang the world title.
Tapi, Hamilton buat aku kagum. Lepas third race, he managed to secure second place, dan second place lagik sebelum akhirnya 1st win kat Canada GP. Lepas tuh, manjang je menang lagi, podium finish! As a rookie, newbie, NKOTB , he makes podium finish seem so easy!
Tapi, lepas tuh aku macam ada terperasaan Hamilton macam bakal jadik riak dan spoilt brat gitu. Dimanjain oleh Mclaren. So, aku tarik diri sikit balik dari minat abis kat Hamilton nih..Hehehe, jaga-jaga jek, supaya tak patah hati...:-)
3. Kat mana lagi ko boleh tengok team-mate dibenarkan untuk challenge sesama sendirik? (Bodo punya Mclaren) In and out of the race? Sampai memakan diri team sendiri, (Ingat Hungarian GP, Alonso was dropped from pole to 6th gara gara dipercayai deliberately impeded Hamilton dalam pit semasa qualifying. Tak mauk Hamilton keluar satu kali last untuk perbaiki masa dia yang dikalahkan oleh Alonso time tuh.) Dan itu belum masuk remarks yang diaorg buat lepas race, gesture yang Alonso buat (genggam2 penumbuk) masa abis race, hehehe..
4. Paling banyak skandal la ini tahun. Spy menyepai oleh Mc Laren jugak. Patutla terer semacam jek Mclaren masa awal2 race. Lepas je kantoi, somehow performance diaorg makin buruk. Dah tak cukup data lagi kerrrr...Dan Ferarri jugak makin lama race season nih, makin bagus performance dia, kan.. Camtulah yang kita cari-cari, Tuan Direktor!
5. Bila lagi masanya yang Final F1 jadik berdebar2 u ols? Perbezaan mata 4-7 antara 3 org drebar! Segalanya mungkin, gitu!! Dan dalam pada Mclaren tetiba alih arah kearah Alonso untuk final race nih, Hamilton pulak macam terbiarkan, sampai crack under pressure mamat tuh, bad starting, lepas tu gear box problem lagik.
6.Dah kalah camtu pun tak puas hati lagi, nak jugak Mclaren tuh appeal nak disqualifiedkan BMW for fuel irregularities, dengan harapan nak menangkan Hamilton jugak.(Untuk cerita penuh, sila layari skysports.com yaaa, Formula1.com punya site pun boleh. Menegakkan kebenaran katanya. Hoh. Dah kalah tu, terima jelaaa..
7. Tapi, all in all, aku puas hati, Team Ferrari menang, Drebar Ferarri menang!!Yipeee!!
p/s: Good Luck pada org yang nak interview esok,itu. Pakai baju ensem2 yek..Jgn lupa pakai skirt pendek-pendek, kasik belah lagi gitu tawww...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment