Baik aku update skg sebelum aku lupa...Aku takleh cerita dari start Gegar nih sebab aku sampai "lewat berfesyen". Tapi, ok jugak, sebab katanya majlis pun start pukul 8.30, dan aku sampai dalam pukul 9.00 gitu. Salahkan jem yek..Dan jugak aku datang dari jauhhh,kann..hehe..
Apa yang menarik malam tu? Semuanya sekali ! kecuali makanan..hehe...Wak n Angah memang bess sebagai MC. Cukup memeriahkan suasana!! Wak tu nampak sangat dia tu seorang Pro. Angah pulak nampak sangat Con..hahahhaa..Taklah, Angah nampak sangattt santaiii tau , sesuai jadik MC gitu. Kipitap!
Ada beberapa bahagian yang aku paling ingat malam tuh :
1. Masa di meja buffet, aku cuba cari Poii yang katanya tengah mengambil makanan. Tapi, aku tak nampak dia! Aku ingat dia dah balik ke meja, pun tak nampak jugak! Sampaila dia terhegeh-hegeh dengan membawa makanan segunung, dengan baju oren merelip dia tuh. Owhhhh. Poii dah semakin kurus rupanya, tu yang daripada belakang aku dah tak perasan dahh!!! Ko memang kena bagi tips kat orang2 tertentu tu Poii. Bak kata Wak, " Bagi borang, Poii"
2. Cakap kat Phone dgn Joe, aku tanya dia nampak tak aku tadi? Dia kata tak perasan, aku pakai baju apa? Aku jawap, " Aku pakai gaun kembang, dua lapis. Nampak tak?" Hehehehe..
3. Seterusnya, aku suka part Alangz n Zure diajak naik pentas untuk ditemuramah dan ditemulawak. Antara dialog yang aku ingat time tuh:
Wak (ke time ni Wan dah naik?): " Katanya dah ada tarikh ya,tarikh kahwin"
Alangz, " Iya, dah terlanjur nih....."
Time ni aku n Poii dah gelak besau, Wakakakakak! Nasib baik Alangz sambung balik, dah terlanjur ada sini, saya nak bagitau tarikh perkahwinan saya dan Zure, bla bla vlaaa vla". Alangz, lain kali, cakap biar terghangggg...
4. Time Kuihkoci dipadankan berdiri atas stage dengan Delinn!! Hahahahha. So cute!Mcm Doremon n Nobita!!***lareyyyyyyyyyyyy!
5. Time semua orang bersalam-salaman, time tu baru ada interaksi dengan semuaaaa orang! Aku sempat tegur Delinn, ada ke patut dia salam tangan tak tengok muka orang punya tangan tuh. dia tengok tangan jek. Salam tengok tangan, jalan lagi kedepan tengok tangan, tengok tangan dan salam lagi, sampai tempat aku, aku suruh tengok muka aku! Voleh? Hahhaa..Lepas tu baru delin pandai tengok muka orang time salam. Hehe..
6. Time Dit nyanyi. Ada aksi-aksi menarik..Hahahahaha...Rugi ooo siapa yang tak nampak..
7. Borak-borak dengan mereka yang online time tuh, AF, AM, K rozz, Appepie, dan lagilah, aku lupa siapa ada lagi,..Dan yang tak dapat nak online , takleh nak connect, takleh nak dengar suara, dengar suara tapi tak nampak gambar, jangan kecik ati yaaa..memang hanjeng tau conection kat de palma tuh.
8. Statement riak Poii lepas dapat hadiah kamera, " Aku nak amik gambar dgn wak la, siapa ada kamera?"
Marang kerapu kepunden betul, kan, u ols??
9. Paling bes tentunyaaaaaa, aku dapat this 'bundle of joy'.
Masa memula, aku cam cuak jela nak amik tuh, ada baby ke dalam dia, apsal bungkus semacam nih? Macam Mak Bidan pulak aku kang. Ni nak suruh aku balik ke, kendong kain batik dgn isi tu kat bahu? Baru jadik Bangla Perantau, Tapi, aku amikla kan. Rezeki tu!
Dan selepas dibuka, tadaaaa!
Wahhh, keropok n ikan masin pari!! Banyaknyaaa! Nanti aku goreng-goreng n ajak semua makan ye. Aku makan sorang, tak terhabis kang! Kepada penyumbang sponsor, Encik Po, Thanks A Lot!!
Kepada Joe, thanks sebab buat blog, dan tempel tag dalam blog ko tuh, menyatukan silaturahim dan rahimah semua taggers..Tanpa tagmu, siapalah aku, Joe..wakakakka..
To all the AJKs, jasa korang takleh nak balas, bukan senang nak handle aktiviti2 camnih. U guys are the best!!Gegar ni aku akan ingat sampai bila2.....:-)
p/s: Masa aku dalam perjalanan ke Gegar, aku dikejutkan dengan sms dari husband aku mengatakan, Sheikh Mustapha dah meninggal. Sheikh Mustapha, adik kepada Angkasawan kita. Sheikh Mustapha, atau panggilannya Ajil, adalah schoolmate husband aku, dan aku kenal arwah masa kami study di U dulu. Arwah sebaya dengan kami berdua.
Semoga rohnya diberkati Allah, dan aku percaya beliau berada di tempat yang lebih baik daripada dunia sementara ni. Semoga beliau mendapat kebahagiaan yang abadi.
Al-Fatihah.
No comments:
Post a Comment