Monday, November 12, 2007

P Ramlee dan diriku.


Sebut je pasal cerita P Ramlee, segala tok nenek dialog dia aku hafal, siap boleh teka dari cerita mana dialog tuh, walau sekecil mana pun watak orang tu dalam filem P Ramlee. Contohnya : Duduklah dulu ya, nanti makcik siapkan kopi.“
“ Hah, Mak Enon? Masih kerja sini lagi?”
“Tuanku, ada orang datang mengadap. –Siapa? – Adik Ipar Tuanku-(Bila masa beta kahwin?)”
“Dah siapkan makanan petangnya? - Sudah makincek, dari pagii dah siap.-Eh, jangan-jangan basi tak? –Ha, yang itulah pak aji suka tuh!”

dan macam-macam lagilah. Kalau korang pun minat gilababs kat citer P ramlee macam makincek, mesti tau dari filem mana dialog yang mak incek sebut tadi.

Kisahnya semua bermula dari pengaruh keluarga sendiri kan.. Yakitu Bapak saya. Masa saya kecik, bapak saya suka rakam tape cerita P Ramlee yang ditayangkan kat RTM dan dia suka mainkan lepas tuh. Over and over and over again. Asal siang je, dia main tape, asal malam je dia main tape. Dan kami satu famili kecuali mak akan duduk tertonggok depan tv sampai cerita abis. Walaupun ulang berkali2 esoknya dan esoknya lagi.

Selepas itu, saya membesar, pun masih lagi tengok cerita P Ramlee nih tak jemu-jemu. Arwah adik saya dulu, (Al-Fatihah utk Ezuden) masa dia kecil, cukuppp minat tengok P Ramlee juga. Hari-hari juga dia nak tengok cerita P Ramlee. Secara tak langsung, saya pun tertengok lagi dan lagi. Itu belum masuk setiap kali RTM or TV3 tayang kat tv. Pun tengokkk jugak.

Hari ini juga, kalau balik kampong, abah akan pasang CD P Ramlee. (CD la sekarang u ols..mana ada tape lagik) Dan jugak kadang-kadang (eh, selalu!) Astro Prima tayang cerita P Ramlee. Layan lagikkkkk…Hahahahha…

Hasilnya u ols, sehingga ke hari ini, setelah disogokkan dengan entah berapa kali (aku rasa ribu pun mencecah.) aku hafal dialog secara umumnya boleh katakan semua cerita P Ramlee yang lawak-lawak. (Yang tak lawak, saya tak tengok sangat.). Dan sebab itu jugala, asal buat kerja apa pun, teringat dialog dan boleh relate dialog P Ramlee tu dalam kerja yang aku buat time tuh. Dan jugak dalam famili kitaorg pun, asal sesuai je, bercakapla kitaorg dalam dialog P Ramlee. Contoh,kalau nak ucap besday kat abang pun, or kalau dia wish kat kita pun, mesti pakai dialog P Ramlee yang nih . “Selamat Panjang Umur, Berapa banyak kapal di laut” . Kalau kat rumah tetiba banyak telefon berdering serentak, keluarlah dialog nih, “ Halo! Halo!Ismet! Saya Ismet!Aduhhh”. Kalu kitaorg gelak2 kat dapor beramai-ramai, abang tetiba masuk dapur and cakap, “ Wah, ketawa besar ayahnda, untung berniaga?” Hahaha..Waiem mesti tahu kannnnn… *Kenyit Waiem..


Dan cerita P Ramlee yang paling fevret of all time ialah Labu Labi. Itulah pasal aku pakai nama makincek dan nama blog ni pun “Ini bilik makencik!” Sebagaimana Labu menjerit dalam cerita tuh. Hehehehehe…

Labu : Saya mau minum air susu! Ey, Boy!!!

My favourite song pulak, time ni P Ramlee nyanyi dalam cerita Bujang Lapok.

Nak Dara Rindu


Di Waktu Malam Bulan Mengambang
Sunyi Damai Damai Sekeliling Ku
Terdengar Nan Sayu Bintang Seribu
Membujuk Rayu Kerna Merindu
Lagu Yang Dulu

Di Waktu Malam Bulan Purnama
Angin Laut Meniup Niup Tenang
Mengatakan Sayang Berlagu Merdu
Bermadah Ayu Lemah Mendayu
Nak Dara Rindu

Tanjung Katung Airnya Biru
Tempat Mandi Nak Dara Jelita
Sama Sekampung Sedangkan Dirindu
Ini Kan Lagi Hai Jauh Di Mata

Tanjung Katung Airnya Biru
Tempat Mandi Nak Dara Jelita
Sama Sekampung Hai Sedang Dirindu
Ini Kan Lagi Hai Jauh Di Mata

Owhhh.....


Ntah hapa-hapa kan entry? Jangan marahhh aaaaaa….Err..aku rasa aku pernah buat entry yang sama la dulu..One of the entries yang aku deletekan sekali dgn blog dulu..hahahahaha…Lantaklaaa…

Thank You Tan Sri P Ramlee kerana karyamu.
Ku membesar dengan karyamu,
Kau merapatkan hubungan keluargaku dengan karyamu,
Kau selitkan kebahagiaan dan keceriaan aku dan keluargaku dalam karyamu..
Kau membantu dalam menemukan cinta hatiku dengan karyamu..hehe..
Al-Fatihah untuk Tan Sri P Ramlee.

Err..salah satu criteria ada kat Cik Uci yang boleh ngam ngan aku sebab dia tau dialog P Ramlee jugak. Huhuhu…
p/s: Sebab lain aku buat entry ni yelah aku sentapzzzz u ols tak dapat tengok P Ramlee the Musical!!Asal nak tengok, ada raya lah, asal nak tengok, laki outsetesenglah, nak tinggal anak kat sapa? Tolongla, Buatlah teater tu lagi! Hehehhe...

No comments: