6 bulan -1 tahun pertama
Hari minggu bukanlah hari melepak sedunia lagi, anda tidak akan boleh tidur lama-lama , lewat bangun, kerana si kecik itu akan bangun time subuh juga.
Disamping itu, rumah anda juga akan lebih kosong, tanpa alas meja, tanpa bunga-bungaan dan pasu-pasuan. Lupakan aja pasu pasu Air Hitam tu nak taruk di rumah, semuanya akan hancur berderai. Alas meja juga akan berakhir menjadi alas lantai.
Malam-malam anda akan lebih happening dari dulu. Sekurang-kurangnya 2 kali semalam anda akan bangun menjadi tukang buat air. Tapi, jika anda lelaki, dan anak masih menyusu badan, maka sesungguhnyalah anda masih bisa tido mati ( tetapi, ketika ini juga anda juga akan mengalami kerugian sementara kerana kedai tutup awal) *Koboi mana minum air susu!
1-2 tahun
Anda akan lebih relaks tetapi masih lagi tidak dapat relaks sepenuhnya karena anda perlu exercise hari-hari dan meningkatkan stamina agar tidak pancit kerana time ini anak anda sudah pandai jalan dan mula berlari-lari macam terer bebeno tetapi tersandung jua.
Awas jika anda ada tangga di rumah. Jangan keliru dengan rumah tangga ya, rumah yang ada tangga ler, ngeng. Anda juga akan lebih “exercise step by step” naik atas dan turun dan naik dan turun. Untuk memeriahkan suasana, sesambil tuh, anda boleh nyanyi lagu NKOTB “Step by step oh babyyy”. Perhatikan jua, samada isteri anda atau somi anda yang terover exercise tuh, bodynya akan selim river.
Pastikan jua anda/(kalau korang lelaki, isteri andala) boleh memasak bubur nasik ye hadek hadek. Kerana kalau bagi makan nestum , tidaklah berkhasiat bebeno. Nestum hanya sesuai digunakan kalau nak berjalan-jalan.
Antara vocab awal anak anda time ni jua mungkin : No, Jangan.
2-3 tahun
Ketika ini, secara fizikal tidak berapa meletihkan, tetapi di kala ini berlaku cabaran mental. Ketika ini, anda diangkat sebagai Sifu oleh anak anda, kerana semua soalan, hatta soalan, “Mama, kenapa kucing tu comel? Kenapa kawan mama tak balik lagi? Macamana baby keluar dari perut? Kenapa langit biru? Kenapa kereta Mama buruk?” dan seribu persoalan lagi perlu dijawab oleh anda.
Anda juga perlu menahan telinga, kerana ketika ini, anak anda sungguh gemar melakukan aktiviti nyanyian secara solo, dengan lagu sama berulang-ulang kali macam korang main cd kat komputer dengan mengklikkan option repeat pada windows media player atau i-tune anda.
Ketika ini juga, beliau akan berkelakuan seperti detektif dengan semua benda yang anda buat akan disoal siasat oleh anak itu secara detail. Sebagai contoh, anda mahu membuat cekodok, anak anda itu, akan duduk sambil tanya apa bahan-bahannya , kenapa masukkan tepung 4 sudu saja, kenapa garam satu sudu saja, kenapa telur sebiji saja, kenapa mesti taruk air, kenapa mesti goreng, berapa lama dan macamana kalau cekodok tu masak. Itu tidak lagi termasuk bab meniupkan cekodok panas tu sebab dia nak makan dan-dan tu jugak.
Dan juga vocab paling banyak dipakai ketika ini, No, Jangan.
3-4 tahun
Sila rujuk (2-3 tahun) di atas
4-5 tahun
Sila rujuk (2-3 tahun)di atas.
Ngehehehehehhee…………..Tapi yang sebenarnya, memang betul..Kehidupan rasa terisi, kepenatan hilang bila kita tengok anak kita gembira, dan sihat. Lain tau rasanya dgn hidup seorang dulu.
So, yang belum kawen tu, cecepat kawen n buat anak..wakakakka..Yang dah kawen, aku paham, mesti tengah berusaha kan..Ucapan utk korang : Usaha tangga kejayaan!!
Yang jejantans lom kawen, mesti cari bini yang ala ala mithali gitu, yang mempunyai pegangan agama yang baik, pandai menguruskan rumahtangga terutamanya anak-anak, cantik tak cantik tu tolak tepi dulu, pilihlah yang sedap mata memandang dan manis pun memadai (Lawa tiadaaaa..manis adaaaa), kerana cinta tu bukan datang dari muka, tapi dari isi perut , hati limpa, dan peribodi seseorg itu. Dengar tu! Kalau cantik, tapi, tak pandai jaga rumahtangga, kang korang jugak nanti gatal carik rumahtangga lain!
*Butang baju aku mana Pahhhh...
No comments:
Post a Comment