Saya ada soalan untuk semua pembawa kenderaan terutamanya kepada penunggang motorsikel *jeling abang bawak moto bomba merah yang kerja kat artiyem*
Jikalau anda menunggang di atas jalan raya, yang mana tempat tu tiada jalan yang dikhaskan untuk motor, kat mana anda nak tunggang? *Aik? Vinatang afa dia tunggang?*Korang akan berada di kanan jalan ka, di tengah-tengah garisan putih bersebelahan kereta lain ka, atau di sebelah kiri ka, atau di belakang mana-mana kenderaan?
Saya ingin menyarankan, dan menyeru kepada semua rakyat malaysia (macam wakil rakyat pulak mek)yang menunggang motosikal, supaya tungganglah di belakang kenderaan lain, (kalau tiada laluan motorlah) , kalau ada, gunalah laluan motor, tak reti-reti..
Ini adalah karena tiga kejadian yang hampir serupa pernah saya lihat iaitu seperti dalam gambagajah di bawah:
Kereta dari sebelah kiri itu, menyangkakan bahawa dia telah lepas itu lori dan van di arah bertentangan itu juga telah berenti untuk beri laluan. Tetapi, dia tidak nampaklah itu motorsikal di sebelah lori tadi. Maka, motor itu telah melanggar belakang kereta, pembonceng (perempuan)yang duduk belakang, telah tercampak , macam superman aku tengok. Aku saspek, mesti ada kecederaan dalaman, sebab impact nampak kuat, dan pemandu motor tu, terpaksa angkat dia ketepi kerana perempuan itu nampak tidak boleh bergerak.
Dalam kejadian yang pertama yang makincek nampak pula, motor tu sempat langgar depan je sikit, dan penunggang tu terjatuh atas bonnet kereta.So, dia tak apa-apa. (Erk..Tambahan.Insiden itu berlaku atas diri saya..hahahahaha)
Kalau sebelah kiri kenderaan pun bahaya juga, ada jugak aku nampak sekali, motor sebelah kiri kenderaan, ada kereta melintas dari arah kanan, tak nampak dia jugak, dan langgar juga.
So, kesimpulannya, duduk jela belakang kenderaan lain, kalau takde laluan motor tu ya, untuk keselamatan anda juga. Orang duduk kereta mana ada luka apa. Orang naik motor nih, yang kena jaga diri.
Jaga diri baik-baik ya...Kalau tak nak jaga, sangkut je moto tu atas pokok kelapa. *Jolok motosikel , bang?*
Tambahan: Hehehe...Idea dari Famil..
No comments:
Post a Comment