Monday, December 3, 2007

Minggu bizi

Makincek ala-ala bizi la u ols minggu nih.
So, update akan ketangguhanlah.
Tengok gambar dululah.
Sementara itu, korang bolehlah buat karangan Bahasa Malaysia berpandukan gambar di bawah.
*Lepas setengah jam..Eh, tiba-tiba saya tak bizi plak u ols..Ada plak masa lapang malam nih. Sambung baliklah.


Karangan pertama:
So, today I went here, not for coti coti malaysia but for training-training mesia yach. Training about Versatile Excitation Systems for Regulators and Full Static Exciters. Hamek ko teknikal tak teknikal..hahaha..Seminggu pulak tu!
Pergi lepas subuh,*(pandang kiri-kanan, ada tak deo or Joe yang pantang dengar ayat lepas subuh) dan balik KL lepas Asar. Penat rupanya.


Karangan 2
Pada hujung minggu yang lepas, saya telah menumbuk sambal belacan. Menumbuk ini banyak khasiatnya berbanding guna blender. Ibu saya selalu menyuruh saya menumbuk bahan-bahan untuk dijadikan rencah masakan ataupun sambal. Dia tidak benarkan saya menggunakan blender. Apabila saya bertanya ibu saya kenapa, beliau akan menjawap sambil tangan cucuk-cucuk langit, "Ntahlah. Dulu, mak kepada mak kepada mak kepada mak dulu pernah tanya mak dia, tapi, sama tak berjawap", Dan saya akan diam sajalah lepas itu u ols..hehehehe..
Dan saya juga berpendapat, menumbuk ini sangat sesuai dipraktikkan untuk mereka yang mau membina muscle setelah berjaya menguruskan badan they ols sebanyak 12 kg. *Disclaimer : Bukan Sempoii yach. Ada member aku sorang tuh. Tapi, dia baca ke blog aku nih? Kejap, aku sms dia jap.


Karangan 3
Kata orang, ketika memasak, kita hendaklah riang gembira dan sepenuh hati supaya apa yang kita masak akan terasa kemanisan dan keceriaan orang yang memasak tadi. Ahaks.
Oleh sebab itu, ketika saya memasak sup pada hujung minggu yang lepas, saya telah membuat bentuk ini. Dalam kata lain, saya juga dah takde keje sempat lagi nak buat muka orang ketika masak-memasak. Sekian.


Karangan 4

Pada hari minggu yang lepas juga, Cik Sempoii kita menerima (walaupun patutnya anak dia sajork yang menerima) anugerah penduduk contoh. Lihatlah gambar yang terpampang di dada dada majalah mangga, eh, suratkabo Sinar u ols. Oh, mek bangga dapat anak macam tuh. Dan mek juga sangat bangga tengok Cik Sempoii kita yang posing ala-ala nak masuk magazine Mangga.. Wakakakaka...


Karangan 5

Pada hari apa tah, tapi haritula, saya pergi ke toilet ini dan diluar pintu toilet itu tertulis ayat ini. Kalau takleh buang kotoran, macamana saya nak buang kotoran dalam perut saya ini? Adakah sebenarnya kotoran itu bermaksud? Saya kurang faham, yang arif.


Sekian karangan saya yang bertajuk Bercuti-cuti di Port Deksen.

No comments: