Monday, February 11, 2008

Karangan untuk Che'gu Limah

Kenapa saya tidak datang ke majlis perkahwinan Alangz dan Zura.

Perkahwinan ialah satu perkara yang amat suci lagi menyucikan. Anda selalu kena menyucikan diri pada babak babak awal perkahwinan. Wakakaka.

Ianya perlulah diraikan, dan jika menerima undangan perkahwinan, kita hendaklah pergi kecuali ada aral ataupun masa yang ada itu sahaja, dan tidak membenarkan kita berada di dua tempat serentak.

Adapun, pada petang hari Rabu ini, saya akan bertolak ke Johor untuk bekerja di Pasir Gudang sehingga hujung minggu kerja iaitu hari Jumaat. Kemudian, saya perlu berada di Paka pula selama seminggu bermula hari Ahad. Ini adalah kerana hari Ahad adalah hari bekerja di negeri negeri Pantai Timur. Maka saya perlu bertolak ke Paka pada hari Sabtu kerana perjalanan ke Paka dari Johor mengambil masa seharian.

Saya akan berada disana sehingga tamat minggu bekerja iaitu hari Khamis. Kemudian, saya perlu menghadiri mesyuarat di Cameron Highlands pada hari Jumaat. Jadi, saya berharap agar dapatlah kerja itu disiapkan pada hari Khamis pagi untuk membolehkan saya bertolak semula ke Cameron Highlands selepas itu.

Kemudian, selepas meeting pada hari Jumaat itu, saya akan terus joli kat Cameron sampai ujung minggu, duduk situ, bersama-sama Delinn yang katanya akan berada disitu jugak, tapi mungkin duduk lain bilik.

Kesimpulannya, itulah sebab musabab saya tidak dapat menghadiri majlis yang sangat bersejaroh bagi Geng Reban. Selamat berchatting di alam nyata u ols.

Wassalam.

No comments: