Ok,
Kita masih lagi dalam mood minyak oh minyak.
Oklah, harga minyak naik, nak buat apa lagi, korang nangis air mata darah sekalipun mana nak turun itu harga minyak. Jadi, langkah seterusnya yelah apakah yang patut kita lakukan bagi menjimatkan penggunaan minyak, dan menggunakan kereta anda dengan lebih efisien.
Marilah bersama sama makincek menyelami, mengsnorkelingi, mendiveiii, tips tips berguna akan penjimatan minyak u ols.
Makincek pernah bercerita panjang lebar dulu, tapi,, dek kerna aku pernah sentapz big time sampai delete blog aku tuh, maka terhilanglah tips2 itu.
Takpe, makincek cerita lagilah.
Ok, mari kita lihat langkah-langkahnya:
1. Pakailah kereta yang ekonomi.
Jika anda berada di dalam kawasan KL, atau kawasan-kawasan yang sama waktu jemnya, silalah pakai kereta-kereta yang slim dan ringan. *yang kecik-kecik, yang molek-molek* macam Cancheel, VilalaDiva,Kelisot, Kejoget, dan lain-lain. Kereta-kereta ini dijamin dong menjimatkan penggunaan minyak, kerana kefuel efisienannya. Oh ya, Viol pun kalau tak silap jugak sangat fuel efficient, tapi mahal la pulak.
2. Pastikan tayar dalam kondisi yang top ngetop
Jangan bawak kereta tayar penyek ye u ols. Haiyoh, disamping merosakkan tayar itu, tayar yang penyek juga akan menambah resistance atau rintangan yer. Rintangan makin tinggi, makin berat kereta tu nak pergi meluncur, makin banyak minyak dia makan.
Makincek selalu tengok orang kereta dia senget seblah , tayar sebelah leper dari sebelah lagi. Eh kejap, maybe jugak driver dia time tu adalah besar, dan dia drive sorang2. Maka, kereta adalah senget sebelah.
Tips seterusnya nanti makincek kasik tau ya. Telan dulu 2 tips ni dulu.
No comments:
Post a Comment