Monday, August 24, 2009

Selamat Datang Ya Ramadhan

Dikesempatan ini makincek nak mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada semua kaum muslimin dan muslimat yang membaca blog makincek ini, dan juga mohon ampun dan maaf atas segala kesilapan dan kesalahan yang telah makincek lakukan, samada sengaja atau tidak.

Di bulan yang mulia ini, marilah kita bersama-sama meningkatkan amalan, dan semoga perangai yang kita jaga, amalan yang kita jaga di bulan Ramadhan ini, akan terus melekat walaupun selesai bulan Ramadhan ya. (Yang ini makincek memperingat kat diri juga)

Jaga time berbuka tu, jangan asik berpantang je . (Pantang nampak) Dan janganlah juga korang amalkan "seafood diet" . Diet itulah, U SEE FOOD, you buy , you see food u buy, makan entah iya entah tidak, kalau air tebu tu, takmaulah beli yang satu cup je, sibuk nak jugak beli satu jag, walhal yang minumnya sorang. Last-last tersimpan dalam peti ais, tak berminum. Mubazirun itu, ya makincek. *Buat nota kat diri sendiri.

Dan juga, dibulan ini, limpahan pahala, limpahan rahmat Allah berikan kepada mereka yang mahu merebutnya. Maka, sama-samalah kita berebut rebut ya, rebut yang ni takde hal, makin berebut makin banyak dapat, pulak tu, takkan luak, sentiasa ada banyak untuk semua muslim yang beriman. Mudah-mudahan. * Mental note lagi kat makincek: Orang tamak tak rugi dalam kes nih.

Janganlah kita lupa berbuat amalan kerana leka berladang. *ehem. Yang ini pun ditujukan kepada makincek jugak. Kalau nak jugak , sambil klik tu, apa kata, kita selawat ka, zikir ka, sekali klik, satu kali zikir, kalau korang klik 1000 kali? Ha, kan sambil menyelam jumpa lubuk emas tuh..


Jagalah pertuturan, jaga perlakuan, jaga mata, jaga telinga,jangan sampai pahala tak dapat, hanya lapar dan dahaga je dirasa. Sama-sama kita no...

Dengan ini, makincek sudahi dengan wabillahitaufik walhidayah, wassalamuaaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

No comments: