Thursday, September 10, 2009

Lamanya

Mak ai, lama betul makincek tak updet blog. Bulan puasa ni bizi ya amat. Dengan time nilah penghujung financial year, time ni nak finalize KPI, time ni posa, (so, balik awal, kureng produktif, haha)

Sabtu ni ada titi iti kat Darul Izzah, Bangi. Mek ni contemplating nok gi ke idok. Sebenarnya, ehem time nilah jugak cik seben balik umah kan. Hmm. Time nilah jugak nak masak masak kat umah, maybe kalau aku join pun pagi je kot ek. Oh ya, titi iti tu bahasa Cik Epan untuk "aktiviti". Dia tu kan pelat melat, cakap sekarang ni kiutt je dengar, Mama, nak titi iti! Itu maknanya nak tanah liat playdoh tu, nak buat aktiviti. ekeke.

Cakap pasal Cik Epan nih, mamat sorang ni jenis tak tahan "shishi" . Korang paham kan shishi tu apa. Kalau dia nak shishi tu, kalau dia cakap time tu, maknanya time jugakla nak terkeluar. Banyak kali, dia cakap, Mama nak shishing, terus je basah. Hampeh tul anak bujang aku nih. Memangla dia baru 3 tahun, baru je bercerai pampers..ekeke.Tu yang nak kena praktis lagi nih.

PAgi tadi, dia buat jugak, dalam kereta. Di tengah tengah kesesakan jalan Federal Highway di waktu pagi tuh, dia keluarkan kata kata hikmat tuh, "Mama, nak shishing".
Aku dah menggelabah, haiyohhh, nanti basah kete aku! Banyak kali jugak aku terpikir , apa kata aku berenti je tepi jalan nih, pasang hazard light, suruh dia pan*ut je tepi jalan..ekeke. Tapi, macam takleh dilakukan, so , aku suruh jugak dia tahan, mamat tu sampai dah terkepit kepit menari-nari- tergolek golek. (kisah benar tau) kalau korang tengok dia tengah menahan tuh, sure tergelak besar. Aku pun sambil bawak kete, sambil gelak tak hengat, sambil cakap, "sabarrr..jappp je ..japp je". Tapi, aku rasa tak dan sampai opis aku nih, I don wanna take chances. Aku stop kat opis lama seben aku, parking depan bangunan macam bangunan tu ko yang punya, pak guard jerit, aku pun jerit, "EMERGENCY!!!" Aku dokong Cik Epan terus lariiiii ke toilet. Hahaha..Selamatttt...

Moral of the story, aku rasa aku still kena letak pampers dalam kereta utk kes emergency macam nih...Huhuhuh...

p/s: apa la citer shishi di bulan posa ni ek. Lantakla, aku tak tau nak citer apa lagi. Takkan nak cerita aku tempah kuih ke, kek ke hapa ek. Ke cerita kumbang terbang ke. Eh, haritu aku mimpi kumbang terbang banyakkk! Bangun tido je aku gelak..ekekeke..teringat Sudin cakap daaaa...

No comments: